KAMYA SOAP TERBARU DARI KAMYA, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mungkin ada yang pernah dengar tentang produk Kamya ini dan mungkin ada yang belum.
Buat anda yang belum pernah dengar, ini kite kongsikan untuk anda.
KAMYA SOAP
Ini adalah keluaran produk terbaru Kamya dimana ianya mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit. Antara bahan yang ada seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera , Madu dan juga Titanium.
Dapat membekalkan pelbagai kebaikan kepada pengguna dari pelbagai jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan juga kombinasi.
Kamya Soap ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan jua menanggalkan sel kulit mati.
Selain itu dapa juga memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat.
Jua menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda selepas menggunakan-nya.
KAMYA – CANTIK ITU KAMU
Kamya merupakan jenama di bwah naunhan AlphaNeyaga Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacaptial [M] Bhd. Telah memylakan pengembaraan bersama pengasasnya Erna Elliyana sejak 2020.
Lahir pada 10 Ogos 1988 merupakan pengasa Kamya -produk kecantikan dan kesihatam. Memulakan karier seninya sebagai seorang pelakon dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu berusia 6 tahun.
Beliau juga merupakan adik kepada Ikhwan Rosli- pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM.
Pernah menyertai One In A Million, Sinaran Passport Kegemilangan dan juga Malaysian Idol Musim Pertama.
KAMYA GLOW
Sebelum ini, Kamya Glow – minuman kesihatan yang direka khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.
Antaranya buah delima, epal, strawberi, camu-camu, yang diperkaya dengan antioksidan Astaxanthin, Cerepron -F serta Kolagen Marin.
PEWARNA BIBIR KAMYA X BOBO CINTA
Mengorak langkah dengan memperkenalkan koleksi pewarna bibir yang terdiri daripada Lipmatte, Lipgloss dan Lipbalm.
Produk keluaran KAMYA bukan saja untuk golongan wanita tetapi boleh juga digunakan oleh golongan lelaki
MISI DAN VISI
Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia.
Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi. Mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara.
Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai keseimbangan ideal antara kedua-duanya.