LARIAN AMAL MELAKA 10KM NKF, PASTI AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selama ini pernah saja join larian 3 km, 5km dan 10km. Tapi larian amal 10km belum pernah lagi.
National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) memerlukan anggaran dalam RM1.5 juta setahun bagi menyalurkan ubat- ubatan dan peralatan dialisis.
Dengan sokongan yang tidak ditampung oleh hospital kerajaan kepada pesakit kegagalan buah pinggang.
Bagi mereka yang mengidap pelbagai penyakit berkaitan buah pinggang memerlukan kemudahan yang disediakan pihak NKF sebelum ini.
LARIAN AMAL MELAKA 10KM NKF
Justeru, NKF bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Drug Free Malaysia (DFM).
Menganjurkan Larian Amal 2023 ‘Melaka 10KM NKF’ dengan membawa slogan 1 Step 1 Love bagi mengumpul dana sebanyak mungkin.
Penganjuran larian amal ini bakal berlangsung dijadualkan pada 21 Mei 2023, di Dataran Multimedia Universiti Melaka (MMU), Melaka
SASAR EMPAT LIMA RIBU PENYERTAAN
Larian Amal Melaka 10KM NKF menyasarkan antara empat ke lima ribu penyertaan dapat dikumpul bagi program ini.
2 kategori larian utama iaitu 10 kilometer (km) dan 2 kilometer (km) bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).
Yuran kemasukan untuk larian amal ini serendah RM60 bagi 2000 penyertaan dan RM75 selepas tarikh tutup pendaftaran awal. Bagi kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) penyertaan secara percuma.
Apabila dana tercapai melalui kempen larian amal selesai, kita akan masukkan ke dalam tabung NKF.
Ini adalah harapan besari kami ingin membantu membiayai pesakit buah pinggang secara berterusan. Disebabkan inilah kami ingin mengumpul dana bagi mengisi tabung ini
-ucapan dari Pengarah Program merangkap Pengarah Urusan Berry One Solution
UNTUK SENIMAN PULA
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada masyakarat di luar sana tanpa mengira lapisan masyarakat. Untuk turut sama menyertai acara ini.
Sambil beriadah, boleh menderma untung tabung ini sebagai tanda berperikemanusiaan dan rasa bertanggungjawab sesama manusia.
-kata Presiden Seniman Zed Zaidi.
DIANJURKAN BERSAMA
Dianjurkan bersama seperti Multimedia Universiti (MMU), Melaka International College od Science and Technology (MiCoST), Universiti Teknologi Mara (UTM).
Juga Kolej Komuniti Melaka, Politeknik Merlimau dan Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Penyumbang awal bagi larian amal ini ialah Kawalan Sri Setia Sdn. Bhd. Joshua Saviour selaku pengarah urusan.
Penganjur acara & Pengarah Berry One Solution -Mr Dave Kaval, CEO National Kidney Foundation of Malaysia – Miss Khor Xin Yun.
Head of Branding Communication & Fund Raising National Kidney Foundation of Malaysia- Datin S.Shobana, Presiden Persatuan Seniman Malaysia -Leftenan Kolonel (Kehormat) Rozaidi Jamil @Zed Zaidi K.M.N
Juga hadir Presiden Drug Free Malaysia- Dr. Khairuddin Bin Abdul Aziz
PENDAFTARAN
Untuk pendaftaran, orang ramai boleh membuat secara dalam talian sehingga 20 April 2023. Muat turun aplikasi VOMOS di Apple App Store dan Google Play Store.