Peraduan Power Root “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Peraduan Power Root “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang” | UMRAH .. Siapa yang tidak teringin untuk menjejakan kaki ke sini. Ada yang sudah berulang kali ke sini dan ada yang masih mencari -cari lagi peluang untuk ke sini. Bak kata orang-orang tua dapat sekali jejak ke sini pun dah syukur alhamdulilah. Pelbagai cerita yang ada disebalik kewujudan tanah suci Mekah dan Madinah. Antara yang menjadi Wish List KP dari tahun ke tahun yang belum kesampaian lagi. Insyalllah .. panjang umur adalah nanti rejeki kan .Peraduan Power Root "Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang"

Berbalik pada tajuk “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang” , Power Root yang tidak asing dengan jenama keluaran kopi seperti Alicafe telah mengadakan peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang” dimana hadiahnya adalah pakej umrah untuk dua orang.  Ini merupakan antara inisiatif uniknya untuk menyumbang semula sesuatu yang sangat bermakna kepada komuniti.Peraduan Power Root "Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang"

“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini. Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,”

kata Pengerusinya, Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir.Peraduan Power Root "Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang"

Dato’ Afifudin menyambung :

“Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”

Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.Power Root, yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman dan mempunyai rangkaian minuman tenaga herba yang diperkaya dengan dua ramuan herba berharga yang berasal dari Malaysia. Kata Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir lagi

“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,”

Pada majlis penyampaian hadiah baru-baru ini seramai 7 orang pemenang telah di umumkan dan masing-masing kelihatan gembira dan terharu di atas kemenangan mereka. Antara yang berkongsi kegembiraan adalahPeraduan Power Root "Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang"

i. Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin, seorang pesara yang berasal dari Melaka, yang telah kehilangan kesemua wang simpanannya selepas dompetnya tercicir di sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Tidak bernasib baik dalam mencari pekerjaan, jadi agak sukar bagi beliau untuk memenuhi keperluan hidup. “Saya tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya saya memenangi Pakej Umrah ini. Terima kasih kepada Power Root, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi, sekarang saya dan isteri dapat melaksanakan Umrah.”

ii. Aziana bt Adnan, dari Klang berkata memenangi Pakej Umrah ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya, dimana beliau ingin mengucapkan rasa syukur dengan membantu seorang kawan yang memerlukan. Perkara pertama yang difikirnya adalah untuk membawa rakan perempuannya yang kurang upaya dan berkerusi roda, untuk pergi menunaikan ibadah Umrah. Tetapi, oleh kerana
peraturan yang menetapkan perlunya “Mahram”, beliau harus ditemani sama ada bapa atau adik lelaki atau saudara lelaki.

iii. Abdul Mustakim bin Ali, masih tidak percaya dengan berita kemenangan tersebut kerana beliau sibuk berulang-alik dari rumahnya di PPR SRI STULANG, Johor Bahru dan Singapura dimana beliau bertugas sebagai petugas perkhidmatan kurier United Parcel Services. Nyaris tidak dipilih sebagai pemenang kerana kesukaran untuk menghubunginya, namun atas kesungguhan pihak Power Root, beliau akhirnya berjaya dihubungi.

 

Pemenang-pemenang yang lain ialah: Mohd Hanafi bin Nasarudin (Jerantut, Pahang) , Nawi bin Awang (Felda Besout 6, Sungkai, Perak) dan Puan Shuhadah, (Puchong)Peraduan Power Root "Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang"

Peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang”

Peraduan  telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017. Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah. Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan.

Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman

Website Power Root : www.powerroot.com.my

Facebook Alicafe Facebook AlicafeFacebook Per’l dan Facebook Powerroot.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge