Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
GINTELL Bersama Pelan Peningkatan Kesihatan 8 Hari | Dato’ Jalaludin Hassan telah membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di AEON Shah Alam pada pelancaran Pelan Peningkatan Kesihatan 8 Hari bersama GINTELL. Bukan sahaja untuk bertemu para peminat tetapi melancarkan kerusi urut terbaru GINTELL De’ Space U.F.O.
Memperkenalkan kerusi urut GINTELL DeSpace UFO, pengurus kesihatan yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif! Pelan Peningkatan Kesihatan 8 hari, yang merangkumi kerusi urut istimewa ini, dirangka
untuk membantu anda dan orang tersayang untuk kembali sihat, cergas dan menikmati gaya hidup yang lebih menyeronokkan!
Sedikit informasi tentang GINTELL De’Space UFO
Memperkenalkan kerusi urut GINTELL De’Space UFO, satu-satunya terapi urut yang dilengkapi dengan Quad 3 Roller Balls + Aero V-track. Kebanyakan kerusi urut di pasaran tidak dilengkapi dengan teknologi urutan menyeluruh yang meliputi bahagian bawah abdomen seperti yang terdapat pada kerusi urut ini, iaitu bahagian yang paling penting untuk menjamin kesihatan usus. Program Hari Ketiga menunjukkan kesan positif serta-merta kepada sistem penghadaman pengguna.
Jom check Pelan Peningkatan Kesihatan 8 Hari
Program Hari #1: Pengaktifan
Kerusi urut GINTELL DeSpace UFO menawarkan kaedah pemulihan yang meningkatkan kesihatan anda dengan merangsang 26 titik aku tekanan pada bahagian kaki atau tulang belakang yang menyambungkan ke semua saraf organ utama di dalam tubuh, sekali gus
menyelaraskan semua fungsi organ. Kerusi urut ini dilengkapi dengan Teknologi Sistem i-Sensing yang pertama di dunia. Teknologi ini menggunakan MRS atau sensor robotik berbilang, untuk mengukur bentuk badan, panjang kaki dan betis anda (pengesanan ketepatan) secara automatik bagi menghasilkan urutan yang paling tepat dan realistik di samping menawarkan sensasi urutan 360˚.
Program Hari #2: Detoksifikasi Tubuh
Toksin adalah penyebab utama kepada pelbagai penyakit kronik. Semakin banyak toksin yang terkumpul dalam badan, semakin sukar proses detoksifikasi. Kerusi urut GINTELL DeSpace UFO dengan teknologi inovatif Quad 3 Roller Balls, mengurut secara menyeluruh dan intensif untuk menghapuskan toksin dari badan, mengembalikan kesihatan dan melegakan organ-organ detoksifikasi.
Program Hari #3: Memperbaiki Sistem Penghadaman
Makan berlebihan, waktu makan yang tidak teratur dan pengambilan minuman bergas secara berlebihan memberi tekanan kepada sistem penghadaman, yang menjadi punca kepada masalah pencernaan seperti sembelit, cirit-birit, kembung, ulser peptik dan sebagainya.
Program Hari #4: Meningkatkan Sistem Imun
Program Hari Keempat yang melibatkan urutan Zen Shiatsu, merupakan satu bentuk terapi urutan menyeluruh untuk merangsang keupayaan penyembuhan semula jadi tubuh. Quad 3 Roller Balls, yang pertama seumpamanya di dunia direka bersama kerusi urut, telah mencetus fenomena sebagai bola penggelek serba moden untuk menghasilkan urutan yang paling komprehensif serta urutan tekanan 90% menyerupai urutan realistik.
Program Hari #5: Memperbaiki Sistem Pernafasan
Program Hari Kelima, yang juga dikenali sebagai Tai Ji Breath. Program ini berkesan meningkatkan fungsi pernafasan untuk memperbaiki keupayaan bernafas. Di samping itu, seperti juga penyaman udara, kerusi urut ini bertindak membebaskan ion negatif untuk membersihkan udara sekeliling, menambah lagi kelebihan yang ditawarkan oleh Tai Ji Breath.
Program Hari #6: Mengurangkan Stres
Kami turut menyediakan Program VVIP pada hari keenam, dengan objektif untuk mengurangkan tekanan fikiran. Program istimewa ini merangsang urutan pada titik akupunktur yang berfungsi melegakan kesakitan bahu, kekejangan leher, sakit kepala dan migrain. Urutan diiringi dengan muzik yang menenangkan sebagai ciri tambahan yang terdapat pada kerusi urut GINTELL De’Space UFO untuk membantu membina persekitaran yang benar-benar mendamaikan. Anda kini boleh menikmati urutan leher dan bahu yangberkesan di samping ketenangan yang sempurna! Anda pasti akan berasa lebih segar, bertenaga dan lebih ringan!
Program Hari #7: Pengimbangan Hormon (wanita)
Ketidakseimbangan hormon lazimnya berpunca daripada kandungan toksin dalam badan, gaya hidup yang tidak seimbang, tekanan dan sebagainya. Dalam kalangan wanita, hormon yang tidak seimbang sering membawa kepada haid yang tidak teratur, senggugut, sakit kepala, keputihan yang tidak normal dan pelbagai lagi masalah kesihatan.
Memperkenalkan Program Hari Ketujuh, iaitu Program Pinggang &Punggung. Dengan GINTELL De’Space, titik akupunktur dirangsang untuk mengembalikan keseimbangan hormon. Keserian anda kini lebih terserlah, anda lebih bertenaga dan berkeyakinan – impian anda untuk menjadi wanita hebat kini terlaksana!
Program Hari #8: Urutan Penjagaan Tulang Belakang
Postur yang tidak betul (semasa berdiri, duduk dan berbaring) dalam jangka masa yang lama atau kecederaan semasa bersukan boleh menyebabkan anjakan tulang belakang, atau istilah perubatannya, skoliosis dan pelbagai masalah berkaitan seperti sakit kepala, tendonitis, sakit belakang dan sebagainya.
Atas kesedaran tentang kepentingan penjagaan tulang belakang, kami telah merangka Program 180˚ Space Stretch dengan objektif utama untuk membetulkan postur badan yang lemah. Program ini merangkumi regangan memanjang untuk meregang seluruh badan dengan fungsi Beg Udara Titan dan regangan ke bawah untuk unjuran kaki sepenuhnya dengan fungsi Auto Footrest.
Untuk maklumat lebih lanjut layari
Website Gintell : www.gintell.com
Facebook Gintell : https://www.facebook.com/gintellmalaysia/