Viva La Vita Eau de Parfum Terbaru Dari AVON Dengan Haruman..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Viva La Vita Eau de Parfum Terbaru Dari AVON Dengan Haruman.. | Setuju ke tidak kalau KP katakan yang wanita dan minyak wangi tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu. Siapa yang tidak ingin berbau harum tidak kira di mana berada dan bila bila masa. Tepat pada masanya untuk KP berkongsi dengan ada dimana AVON baru-baru telah melancarkan haruman feminin terbaru Viva La Vita Eau de Parfum. Haruman ini berinspirasikan wanita penuh keyakinan yang menghadapi kehidupannya dengan penuh keberanian dan dalam masa yang sama menikmati keindahan dalam setiap detik.
“Haruman Viva La Vita EDP mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap yang mengembirakan anda, dan perasaanmu saat menikmati setiap detik indah hidup. Sentuhan bungaan dan buah-buahan yang menghangat jiwa ini merupakan ungkapan sebenar seorang wanita masakini’,
kata Kasia Ostrowska, Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia
.
Dalam majlis ini juga diperkenalkan 2 pencipta wangian hebat Viva La Vita iaitu Elisa Benat dan Harry Fremont. Mereka sememangnya pakar dalam menghasilkan wangian terbaik dan bermutu tinggi.
Sedikit informasi tentang Viva La Vita Eau de Parfum
Setiap wangian atau haruman mempunyai 3 nota iaitu Dasar (Base), Tengah (Heart) dan Atas (Top). Begitu juga dengan Viva La Vita, ia menampilkan 3 ciri nota ini dalam wangian penuh keriangan ini yang mengunkap kemeriahan jiwa wanita serta menyerlahkannya.
Jika anda ingin membeli haruman ini , ianya bakal memasuki pasaran di Malaysia mulai Ocktober 2017. Yang pasti harga yang dibayar RM95.00 SM / RM109.30 SS memang berbaloi dan berpatutan . Ingin maklumat lanjut jangan lupa berhubung dengan wakil AVON yang berdekatan atau layari
Website AVON www.avon.my