PENGUSAHA SHELL AREA CO6 SUMBANG KEPERLUAN RAYA, AMAZING!

PENGUSAHA SHELL AREA CO6 SUMBANG KEPERLUAN RAYA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma kurang dari seminggu. Bagaimana dengan persiapan anda dah settle ke semua?

PENGUSAHA SHELL AREA CO6

Pasti ada yang tertanya Pengusaha Shell Area C06? Siapakah mereka ini? Sebenarnya mereka adalah diantara pengusaha stesen minyak Shell yang berada di area C06 atau lebih dikenali Central 06.

Lokasi mereka antaranya di Bandar Kinrara, Puchong, Shah Alam dan juga Jalan Yong Shok Lin, Petaling Jaya. Yang menariknya untuk tahun ini para pengusaha ini bergabung untuk memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan.

SUMBANGAN KEPERLUAN RAYA

Majlis berlangsung dari pukul 11:30 pagi sehingga 2 petang telah dijayakan dengan kerjasama seramai 25 orang pengusaha stesen minyak Shell di kawasan Central 06. Untuk anak-anak dari SRKA Bandar Kinrara 5 dari pengusaha Shell 06

Kali ini majlis diadakan untuk meraikan dan membantu anak-anak yatim juga asnaf membeli barangan keperluan sempena Hari Raya.

Anak-anak ini pastinya gembira dimana masih ada yang ingin membantu mereka. Masing-masing memilih baju kurung, baju melayu, tudung, kasut dan sebagainya dengan bantuan para pengusaha Shell C06.

RINGANKAN BEBAN ANTARA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

“Kami sangat berbesar hati dapat meringankan beban keluarga anak-anak yatim dan asnaf dalam persiapan menyambut Hari Raya. Program ini adalah tanggungjawab sosial daripada pihak kami.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd. Haniff Bin Tajul Urus (Pengurus kawasan CO6), pihak pengurusan Mydin Mall.

Termasuk Guru Besar dan guru-guru Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, ibubapa, pihak media massa dan semua yang menjayakan program ini.”

-kata wakil pengusaha Shell C06, Hani Saleh.

Tiada apa yang dapat menggembirakan apabila melihat wajah anak-anak yatim mahupun asnaf yang gembira mendapat persalinan untuk Hari Raya nanti. Moga dengan sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Hari Raya AIdilfitri tahun ini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge