KEMPEN TV9 JANJI BERBALOI 149, TAWAR PEK RM1.49, BEST!

KEMPEN TV9 JANJI BERBALOI 149, TAWAR PEK RM1.49, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau sebelum ini tertanya-tanya apa kempen TV9, ini jawapannya.

JANJI BERBALOI 149

Lebih daripada 250 pengunjung datang mendapatkan pek tersebut dimana masing-masing berada di sini sejak jam 8 pagi lagi.

Pek Janji Berbaloi 149 yang bernilai hampir RM60.00 itu laris terjual dengan harga yang ditawarkan!

Merupakan barang-barang yang biasa digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur.

Antaranya beras, bawang putih, garam, minyak masak, telur, santan kelapa, tepung gandum, kicap manis, sirap kordial, bawang besar, sos cili, gula dan krimer manis.

KOLABRASI BERSAMA

Tawaran harga istimewa ini merupakan tanda penghargaan kepada penonton setia TV9. Kolaborasi ini juga merupakan hasil usaha antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima.

BERPELUANG JUMPA DATUK ROSYAM

Selain daripada membeli pek Janji Berbaloi 149, pengunjung turut berpeluang menemui Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart. Antara pihak yang turut menjayakan kempen ini.

Kedatangan para selebriti dari rancangan realiti masakan TV9 Dapur Tempur Ra-Ra pun ada. Iaitu Juri tetap- Michael Ang yang turut memeriahkan lagi suasana.

RINGANKAN BEBAN PENONTON

“Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini, TV9 berbesar hati ingin meringankan beban penonton dengan menjual barangan dapur, yang bernilai RM60.00 pada harga serendah RM1.49 sahaja.

Ini adalah salah satu tanggungjawab serta inisiatif sosial bagi kami di TV9 dalam menyantuni penonton TV9 melalui kempen Janji Berbaloi 149.

Pada tahun lepas, kami telah menjual ayam serendah harga RM1.49, dan pada tahun ini dengan keadaan ekonomi semasa yang menghadapi kenaikan harga barang.

Kami ingin menjual 13 jenis barangan asas dapur yang berlainan dan harga keseluruhan barang-barang tersebut hanyalah RM1.49 sahaja.

Semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban penonton untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba”.

-kata Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9.

Website | Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge