PELANCARAN IRAMA AIDILFITRI & VIDEO MUZIK HABIB PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PELANCARAN IRAMA AIDILFITRI & VIDEO MUZIK HABIB PERTAMA | Pelancaran video muzik dari Habib untuk kali pertama. Mencari kelainan dari tahun sebelum dimana masih lagi menampilkan barangankemas tempatan.

IRAMA AIDILFITRI

Lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’ telah dilancarkan pada 27 April 2021. Majlis pelancaran lagu dan video muzik di Hotel EQ ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkemuka tanah air seperti, Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.

LAGU RAYA DARI HABIB?

Kalau tahun sebelumnya beraya dalam keadaan sedih. Kali ini HABIB cuba untuk membangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang. HABIB berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman. Terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun lalu.

MODERN RETRO

Tema kempen raya HABIB tahun ini adalah ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni. Melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini.

SIAPA CIPTA LAGU IRAMA AIDILFITRI

Lagu Irama Aidilfitri’ HABIB digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael. Awijuga erlibat dalam penghasilan video muzik ini. Lagu dan video muzik ini menggabungkan barisan penyanyi tempatan.

Antaranya Ning Baizura – penyanyi ‘soul’ tanahair yang terkemuka; Ismail Izzani – pelakon, penyanyi, penulis lagu. Ada juga Tiz Zaqyah – pelakon yang terkenal; Julia Farhana Marin – pelakon dan penyanyi; Bunga Isme – pelakon dan penyanyi rap.

Penyanyi-penyanyi muda di bawah naungan Newsantara turut terlibat. Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB dan juga Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB turut meriahkan video muzik ini.

Lagu dan video muzik ini adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat tempatan Newsantara.

Pengasas Newsantara, Alfian Basir dan Awi Rafael, yang giat mengasah bakat anak-anak seni tanah air. Kolaborasi ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik.

HABIB dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif. Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB.

THE GIFT OF HAPPINESS

Sinonim dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’, sudah pasti ramai yang tahu. Pelanggan selalunya membeli barangan kemas sempena dengan sesuatu yang istimewa. Antaranya ; pertunangan, perkhahwinan, hari jadi dan sebagainya dimana ia membawa kebahagiaan kepada seseorang.

Persamaan ini selaras dengan penghasilan muzik yang turut dapat membangkitkan emosi kepada penggemar muzik. Maka, persamaan ketara ini mendorong HABIB untuk menerbitkan muzik dan video muzik raya pada tahun ini.

KOLEKSI GRANDE HABIB ORO ITALIA 916®

Sewaktu majlis pelancaran, para penyanyi dan selebriti mempersembahkan ‘Irama Aidilfitri’ secara LIVE. Masing-masing indah dengan mengenakan koleksi eksklusif Raya HABIB yang terdiri daripada HABIB Oro Italia 916®, berlian dan batu permata.

Koleksi ‘Grande’ HABIB Oro Italia 916® yang dipakai Che Ta pada tahun lepas mendapat sambutan yang sangat hangat. Oleh itu, tahun ini HABIB mengeluarkan koleksi baru yang dinamakan ‘Ananas’ iaitu versi ‘Grande’ yang telah diperbaharui.

Koleksi berlian pula tampil dengan pelbagai rantai panjang dan loket besar dengan motif bunga-bungaan serta set gelang tangan dan cincin.

Irama Aidilfitri’ diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital bermula 27 April 2021. Video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels bermula 27 April 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di

Website Instagram | Youtube

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge