Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ASTRO HIMPUN LEBIH 270 PROGRAM ISTIMEWA SEMPENA SYAWAL | Astro menghimpunkan lebih dari 270 sajian program istimewa sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini.
Kesemua 270 program ini merentasi rangkaian platform TV, radio, digital, iklan komersial, tawaran eksklusif Go Shop, program ganjaran kesetiaan pelanggan serta inisiatif aktiviti tanggungjawab korporat atau CSR.
ASTRO SEMPENA SYAWAL
“Sambutan Aidilfitri pada tahun ini sekali lagi diraikan ketika penularan pandemik Covid-19 masih di tahap yang membimbangkan. Ia tidak sedikitpun melunturkan semangat kami untuk terus mencari ruang penambahbaikan.
Ini untuk memastikan pelan inisiatif kandungan strategik yang dirangka secara holistik mampu memberi impak hingga terus ke hati segenap pelanggan Astro.
BUKA LEMBARAN BARU
Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Buka Lembaran Baharu’ telah dipilih khas untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2021.
Ini kerana elemen tersebut membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik inspirasi. Sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik.
Dengan inspirasi tersebut, pengisian Syawal tahun ini bakal disemarakkan dengan himpunan lebih 270 program-program hebat di semua rangkaian platform termasuklah televisyen, radio dan digital.
229 RANCANGAN MELALUI SEMUA PLATFORM
Sebanyak 229 buah rancangan televisyen baharu pelbagai genre bakal disajikan di saluran-saluran Melayu Astro. Manakala stesen-stesen yang bernaung di bawah Astro Radio juga akan memperluaskan lagi penyampaian mesej ‘Buka Lembaran Baharu’ menerusi segmen yang dikeudarakan.
Gempak, Ria X, Rojak Daily dan SYOK juga turut tidak ketinggalan memperbanyakkan pengisian yang seiringan dengan kempen ini di platform digital.
Bagi peminat karya premium, filem-filem terbaharu turut dibawakan terus ke pawagam rumah anda menerusi platform Astro First dan Astro Best untuk dilanggan.
Rocketfuel Entertainment juga hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi dua buah lagu raya pada tahun ini.
IKLAN KOMERSIAL
Iklan komersial terbitan Astro juga merupakan antara pengisian utama yang sering menjadi perhatian ramai dan cukup dinantikan setiap kali Syawal menjelma. Jika tahun lepas kita hadir dengan genre animasi, tahun ini kami kembali memilih naskhah pendek yang cukup dekat dengan hati masyarakat zaman sekarang.
SINGKAP DARI TINGKAP
Menerusi kisah ‘Singkap Dari Tingkap’, konsep jendela telah diangkat sebagai nadi kepada penceritaan kali ini bagi meneruskan kesinambungan tema ‘Buka Lembaran Baharu’.
Plot twist kisah ini juga sarat dengan mainan emosi serta penuh dengan iktibar. Semoga kisah kali ini sekali lagi diterima baik dan mampu memberikan kesan yang mendalam seperti iklan-iklan komersial yang pernah diterbitkan sebelum ini.
Sebagai tanda penghargaan, pelbagai tawaran menarik menanti para pelanggan sepanjang musim perayaan ini menerusi program kesetiaan pelanggan ‘Astro Rewards’ serta promosi eksklusif di Go Shop.
Selain itu, kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi aktiviti CSR yang telah pun direncanakan menerusi program ‘Astro Bersama McDelivery Berbakti’. Untuk maklumat lanjut boleh layari di