HABIB RASMI BILIK PAMERAN KE-30 DI KL EAST MALL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HABIB RASMI BILIK PAMERAN KE-30 DI KL EAST MALL | HABIB dan Hari Raya memang sinonim. Mana taknya pasti ramai ingin kelihatan lebih berseri dengan pemakaian barangan dari HABIB.

BILIK PAMERAN HABIB KE-30

Secara rasmi bilik pameran yang ke-30 telah di buka di Pusat Membeli-belah KL East Mall. Keluasan lebih kurang 2000 kaki persegi bakal memberikan ‘customer experince’ buat pengunjung.

Perasmian pembukaan dimulakan dengan upacara  pemotongan reben. Ia disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib,  Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin. Turut hadir sekali Pengarah Urusan Kumpulan Sime  Darby, Dato’ Azmir Merican.  

KEUNIKAN BILIK PAMERAN

HABIB sentiasa berusaha untuk memenuhi  kehendak para pelanggan. Salah satu keunikan bilik pameran ini adalah, tempat konsultansi khas yang disediakan.

Kini pelanggan dapat berbincang dengan konsultant untuk rekaan barang kemas peribadi.  

Bilik pameran ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan secara menyeluruh. Ruang yang  besar, bukan sahaja dapat mempamerkan lebih barangan kemas.

Tetapi juga terdapat tempat beristirehat  untuk keluarga dan rakan-rakan di mana mereka boleh menikmati minuman dan juga tempat cas  barangan elektronik turut disediakan.  

THE INFINITY ILLUSION WALL

The Infinity Illusion Wall- Ini diantara yang menjadi tarikan. Mempamerkan logo  3D HABIB yang satu-satunya berada di lokasi ini. Ia direka untuk memberi ilusi kedalaman yang ‘infinite’.

Melambangkan penciptaan barangan  kemas tanpa batas. Tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil swafoto atau ‘selfie’. 

KOLEKSI RAYA HABIB TERKINI

Selaras dengan pembukaan ini, tidak lupa mempamerkan koleksi raya terkini untuk kempen Rantaian Kasih  yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selain koleksi Oro Italia 916 terbaru, Grafetta dan juga Ananas. Dimana melancarkan koleksi rantai leher panjang dengan loket bertatahkan berlian yang merupakan  kesukaan ramai.  

KEMPEN IRAMA AIDILFITRI

Kempen raya yang dinantikan bertema “Irama Aidilfitri” dipilih untuk membangkitkan emosi nostalgia  raya. Nostalgia raya dalam suasana meriah. Memandangkan ramai yang tidak berpeluang meraikan dengan keluarga  tersayang tahun yang lalu.

Tema retro muzikal berwarna – warni selaras dengan kolaborasi HABIB bersama  Newsantara untuk melancarkan sebuah lagu raya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini selaras dengan  slogan HABIB “The Gift of Happiness”. 

Warga Malaysia melihat emas sebagai pelaburan. Dalam jangka masa dua (2) tahun harga emas  naik sebanyak 33%. (1st Jan 2019, harga emas $1278 per ounce, 1st Jan 2020, harga emas  $1517 per ounce dan harga emas $1897 per ounce).  

Sejak turun temurun, budaya warga Malaysia adalah untuk menyimpan emas dalam bentuk jongkong  emas ataupun barangan kemas.  

4 REKA BENTUK WAFER EMAS RAYA

HABIB ingin memupuk budaya menyimpan dan melabur emas ke generasi seterusnya. Tahun ini telah mengeluarkan 4 reka bentuk wafer emas raya. Rekaan berunsurkan suasana hari raya seperti ketupat, rumah  kampung, bunga api dan masjid.

Setiap wafer emas datang dengan sampul yang berwarna warni. Ia turut  dijual sebagai set edisi terhad dengan tanglung dan boleh diberi sebagai pengganti duit raya.  

HABIB menderma 300 keping Wafer Emas kepada Yayasan Pendidikan Insani di mana 100% jualan akan  disumbangkan kepada yayasan ini. Yayasan Pendidikan Insani merupakan akademi yang menawarkan  modul dan teknik berkaitan autisme dengan pegawai terlatih.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di

Website | Instagram |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge