Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
HOMBRE 21 – KOLEKSI ‘STREET WAR’ DARI DATUK AARON AZIZ | Hombre 21 nie jenama barangan apa ye? Adakah pakaian mahupun makanan? Yang bestnya dengar cerita koleksi ini dari salah seorang pelakon terkenal. Siapa ye?
HOMBRE 21
Ianya adalah koleksi pakaian ‘street wear’ yang dikeluarkan oleh Datuk Aaron Aziz. Salah satu lagi usaha membina empayar perniagaan dan mengukuhkan jenamanya dirinya.
Genap 20 tahun pembabitan dalam bidang lakonan, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berjaya meletakkan dirinya di kelas tersendiri. Sepanjang tempoh itu pelbagai kejayaan diraih bukan saja di Malaysia, tapi juga di negara kelahirannya, Singapura.
Seiring kematangan usia dan kerjaya, Aaron, 45, terus mengorak langkah dengan terbabit dalam bidang perniagaan. Turut melancarkan pelbagai produk di bawah jenamanya sendiri. Siapa sangka Aaron juga sudah mampu berdiri sama tinggi dengan kebanyakan ahli perniagaan lain.
MAKSUD HOMBRE 21
Hombre adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyol. Dimana membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.
“Kalau ikutkan koleksi pakaian ini sudah dijual di Singapura. Selepas pemiliknya iaitu Azhar Sulaiman menjadi rakan perniagaan saya, itu yang ambil keputusan untuk pasarkan di sini pula.
Saya mahu jenama Hombre ini menjadi pilihan masyarakat dan terkenal seperti kebanyakan jenama ‘street wear’ lain.”
JAMINAN KUALITI
“Didatangkan dengan jaminan kualiti terbaik. Saya yakin koleksi ini mampu memberi kepuasan kepada sesiapa saja yang memakai dan memilikinya. Dari segi harga pula, ia cukup berbaloi dengan rekaan dan kualiti yang ada iaitu RM100++,”
-sambung Datuk Aaron
KOLEKSI HOMBRE 21
Koleksi Hombre 21 itu didatangkan dengan lima rekaan. Setiap daripadanya menceritakan kisah dan perjalanan hidup Aaron dari dulu sehingga sekarang.
“Jadi, kesemua koleksi ini sangat istimewa dan mempunyai nilai tersendiri. Saya mahu setiap orang memilikinya dan menjadikan ia koleksi peribadi. Mungkin ada antara mereka juga mempunyai cerita sama seperti saya,”
Bukan sahaja bersifat ‘street wear’, koleksi Hombre 21 ini juga memiliki rekaan Islamik sekali gus menjadikan ia berbeza daripada rekaan jenama lain.
Macam saya katakan, setiap koleksi mempunyai cerita tersendiri. Malah, dalam rekaan juga ada ciri khas yang bukan saja memberi keselesaan tapi juga sedap mata memandang.
CABARAN & DUGAAN ?
“Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui sebelum saya berjaya keluar dari kegelapan itu. Namun, itu semua yang mendewasakan dan mematangkan diri.
Walaupun ada ketika dipandang hina, tapi saya percaya keadaan kita tak selamanya di bawah jika ada rasa ingin berubah. Itulah yang saya buat sehingga berada pada tahap sekarang.
Aaron menggambarkan bagaimana kehidupan silamnya ketika di zaman remaja yang dianggap sebagai zaman jahiliah sebelum menemui titik cahaya yang akhirnya menyinari hidupnya sehingga kini bersama isteri dan tiga anak tercinta.
Setiap manusia ada masa silam dan gemilang. Ada yang untuk kebaikan, ada juga sebaliknya. Untuk saya, apa boleh dikatakan adalah masa silam yang penuh keperitan atau boleh dikatakan zaman jahiliah. Malah, saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan.
Betul, nak menjadi baik bukan senang. Tapi, bagi saya paling penting adalah pegangan diri perlu kuat selain saya sentiasa berfikiran positif. Untuk dapatkan koleksi ini boleh layari di