PARTI BOLA KAW DI SINGGAH PENGERANG, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat bolakah anda? Piala Dunia 2022 kali ini berlangsung di Qatar. Siapa pilihan pasukan anda?
PARTI BOLA KAW
Kali ini KP turut serta bersama kengkawan yang lain untuk meriahkan program Parti Bola Kaw. Seisi tayangan perlawanan Piala Dunia di pekarangan Hotel Singgah Pengerang.
Sebenarnya lokasi hotel ini adalah diantara rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad [KOPETRO] iaitu KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd.
Lebih daripada 40 pengunjung yang hadir termasuk ‘influencer’ , penghuni Hotel di Singgah Pengerang juga para jemputan yang berada di sekitar.
KENA BAYAR KE?
Hanya dengan bayaran RM 18 disediakan sekali dengan makanan yang boleh dipilih, ada juga cabutan bertuah, mini games sementara menunggu perlawanan bermula.
Hadiah cabutan bertuah seperti pemberian jersi bola sepak edisi terhad dan juga penginapan di Hotel Singgah Pengerang.
RAMAH MESRA SAMBIL MENONTON PASUKAN PILIHAN
Program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi.
“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember (peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir).
Juga 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir,”
Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini. Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.
-Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah
SINGGAH PENGERANG HOTEL
Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts.
Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel.
Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.
SINGGAH CAFE
Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe. Selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. dengan menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa.
Lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan.
Website| Facebook | Instagram |607-824 6011