PROGRAM STRATEQ TALENT DEVELOPMENT, APA YANG BEST?

PROGRAM STRATEQ TALENT DEVELOPMENT, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah tak mencari-cari program yang dapat membantu dalam menangani masalah kekurangan kepakaran?

STRATEQ GROUP

Terkini, Strateq Group adalah diantara salah satu syarikah penyedia penyelesaian dan perkhidmatan perusahaan bersepadu. Berlokasi di Petaling Jaya bakal membantu untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Ditubuhkan pada 1983, Strateq ialah syarikat teknologi terkemuka. Menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu untuk pelbagai industri.

Ini termasuk penjagaan kesihatan, minyak & gas, perkhidmatan perbankan dan kewangan, telekomunikasi, tenaga & utiliti, pendidikan, barangan pengguna, pembuatan dan sektor awam.

Strateq kini beroperasi bukan sahaja di Malaysia, bahkan di China, Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

STRATEQ TALENT DEVELOPMENT

Tujuan program ini untuk menangani masalah kekurangan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Apatah lagi sekarang, Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk bergerak ke hadapan di zaman era digital yang semakin maju.

3 FASA

Untuk info, Strateq Talent Development mempunyai 3 fasa dimana ianya merangkumi pembelajaran asas, pensijilan dan latihan semasa bekerja.

Program ini juga bertujuan untuk menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh graduan dan pemilik perniagaan sama. Kebiasaanya mencari pekerja mahir yang sesuai dengan profesion yang ditawarkan.

Selain itu, program ini dapat membantu untuk menangani masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang ‘rekrut’. Antaranya kurang berkomunikasi, tidak teliti mahupun tidak bersedia untuk bekerja didalam dunia korporat.

Masih lagi baru namun Strateq sudah mendapat maklum balas positif dimana melalui penilaian batch pertama -pengambilan awal program ini.

KERJASAMA 9 UNIVERSITI AWAM & SWASTA

Pastinya program ini mencari perintis dan peluang yang ada di sambut baik. 9 universiti awam dan swasta di Malaysia sudi berkerjasama dan bakal menambah lagi prigram pada masa-masa akan datang. 

Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (USM).

Ada juga Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University, UOW Malaysia dan  KDU Kolej Universiti.

LEBIH 150 PERMOHANAN DITERIMA

Terkini Program Strateq Talent Development telah menerima lebih 150 permohonan dan berjaya menempatkan 23 pemohon.

Dari jumlah tersebut hampir 40%  peserta program telah diserapkan kepada pekerjaan sepenuh masa setelah mereka tamat program tersebut.

PERKASAKAN BAKAT DENGAN KEMAHIRAN DENGAN BETUL

Menurut Datuk Tan Seng Kit, Pengarah Urusan Kumpulan Strateq Group

“Menyerlahkan potensi diri sentiasa menjadi bahagian penting dalam perusahaan. Dalam era digital yang semakin meningkat ini, jurang mereka yang berkemahiran didalam teknologi merupakan masalah yang ketara.

Mana tidak kemajuan perniagaan kini bergantung pada teknologi.

Melalui pengalaman yang ada, Strateq berbesar hati untuk berkongsi dalam inovasi dan teknologi untuk memperkasakan bakat dengan kemahiran yang betul.

Diharapkan penyerapan kepada jawatan kekal dapat dikekalkan momentum peratusannya menjelang tahun  2023.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge