JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, SUV Urban Baharu Yang Sedia Temani Setiap Pengembaraan Anda
Daripada pemanduan harian di bandar hinggalah percutian hujung minggu, JETOUR T1 tampil dengan rekaan moden, teknologi pintar dan keselesaan premium pada harga bermula RM129,800.
JETOUR T1
Pasaran SUV di Malaysia terus berkembang, dan kini pengguna mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila JETOUR Malaysia secara rasmi memperkenalkan JETOUR T1, sebuah SUV urban serba baharu yang menggabungkan reka bentuk premium, teknologi pintar serta keselesaan moden untuk memenuhi gaya hidup pengguna masa kini.

Direka berlandaskan falsafah Travel+, JETOUR T1 bukan sekadar sebuah kenderaan, malah rakan perjalanan yang bersedia menemani setiap detik bermakna – sama ada berulang-alik ke tempat kerja, menikmati percutian hujung minggu bersama keluarga atau menjelajah destinasi baharu di seluruh Malaysia.
SUV BERGAYA DENGAN SENTUHAN PREMIUM
Menurut Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia, Nicholas Ng, pelancaran JETOUR T1 merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan portfolio SUV jenama itu di Malaysia, sejajar dengan permintaan pengguna yang mahukan sebuah SUV yang menawarkan gabungan reka bentuk sofistikated, teknologi pintar serta praktikal untuk kegunaan harian.

Dari sudut penampilan, JETOUR T1 tampil dengan rekaan utilitarian curvy yang moden dan maskulin. Lampu utama LED Storm-Eye, gril hadapan yang berani serta garisan badan yang kemas menjadikan SUV ini tampil lebih premium dan menyerlah di jalan raya.
PILIHAN WARNA
Dibina menggunakan platform monocoque dengan jarak roda 2,800mm, ruang kabin terasa lebih luas dan selesa, sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Empat pilihan warna menarik turut ditawarkan iaitu Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold dan Carbon Black.
DUA VARIAN, DUA PERSONALITI BERBEZA
JETOUR T1 hadir dalam dua pilihan enjin bagi memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza.
VARIAN 1.5L TGDi 2WD
Varian 1.5L TGDi 2WD menggunakan enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan 170PS dan 270Nm tork, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.

KABIN PINTAR YANG DI REKA UNTUK GAYA HIDUP MODEN
Masuk sahaja ke dalam kabin, JETOUR T1 menawarkan suasana moden dan premium yang direka untuk memberikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.Antara ciri yang disediakan termasuk:
✔ Kluster meter digital 10.3 inci
✔ Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
✔ Pengecas telefon tanpa wayar 50W
✔ Pembantu suara pintar
✔ Tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan
✔ Lampu ambien
✔ Tujuh port USB
✔ Pintu belakang berkuasa
✔ Pengelap automatik dengan sensor hujan
VARIAN 2.0L TGDiXWD
Varian 2.0L TGDi XWD pula tampil lebih eksklusif dengan skrin infotainmen 15.6 inci, sistem audio premium Sony sembilan pembesar suara, bumbung suria panoramik serta tempat duduk penumpang hadapan dengan perehat kaki untuk keselesaan maksimum ketika perjalanan jauh.

Bagi mereka yang mahukan lebih kuasa serta keyakinan ketika memandu di pelbagai keadaan jalan, varian 2.0L TGDi XWD menawarkan enjin turbo 2.0 liter berkuasa 245PS dan 375Nm tork, lengkap dengan sistem pacuan semua roda pintar (XWD).
KESELAMATAN BERTARAF LIMA BINTANG
Keselamatan turut menjadi fokus utama dalam pembangunan JETOUR T1. Kedua-dua varian dilengkapi: Enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2, Kamera panoramik 360° Dan Pelbagai sistem bantuan keselamatan aktif

Lebih meyakinkan, JETOUR T1 berjaya memperoleh penarafan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 87.67 mata, sekali gus membuktikan komitmen jenama ini terhadap standard keselamatan bertaraf antarabangsa.
HARGA BERMULA RM129,800
JETOUR T1 ditawarkan pada harga:
✔ JETOUR T1 1.5L TGDi 2WD – RM129,800
✔ JETOUR T1 2.0L TGDi XWD – RM146,800
Setiap pembelian turut disertakan dengan Jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km, Jaminan rangkaian kuasa 10 tahun atau 1,000,000km Dan 5 servis penyelenggaraan percuma

Sebagai promosi pelancaran, 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan akan menikmati rebat RM2,000 bersama kadar pembiayaan serendah 1.68% (tertakluk kepada terma dan syarat).
Bagi mereka yang sedang mencari sebuah SUV moden yang bukan sahaja bergaya tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian dan pengembaraan hujung minggu, muncul sebagai pilihan baharu yang menawarkan nilai menarik dalam segmen SUV urban premium.











Leave a Reply