32,254 Unit Terjual! 5 Fakta Proton X50 Yang Membuktikan SUV Ini Masih Jadi Pilihan Rakyat Malaysia. Setahun selepas pelancaran All-New Proton X50, SUV segmen-B ini terus mencatat pencapaian yang menarik perhatian.
32,254 UNIT TERJUAL
Dengan 32,254 unit terjual sepanjang tahun pertama, Proton X50 sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai antara SUV paling popular dalam pasaran Malaysia.
Sejak generasi pertamanya diperkenalkan pada 2020, Proton X50 bukan sahaja menjadi salah satu model penting dalam portfolio PROTON, malah turut mengubah jangkaan pengguna terhadap SUV kompak tempatan.
REKA BENTUK DAN PRESTASI
Daripada reka bentuk dan prestasi hinggalah kepada teknologi serta keselamatan, X50 terus berkembang mengikut keperluan pemandu moden. Jadi, apa yang membuatkan All-New Proton X50 terus menjadi pilihan?
5 FAKTA MENARIK MENJAWAB PERSOALAN ANDA
1. PROTON X50 PERNAH MENGUBAH SEGMEN SUV KOMPAK MALAYSIA
Apabila Proton X50 diperkenalkan pada 2020, persaingan dalam segmen SUV kompak Malaysia sudah semakin sengit. Namun, model ini berjaya mencipta tarikan tersendiri dengan menggabungkan reka bentuk moden, prestasi, teknologi dan ciri keselamatan dalam sebuah SUV yang lebih mudah dimiliki.

Lima tahun kemudian, formula tersebut masih relevan. Pelancaran All-New Proton X50 pada Julai 2025 pula meneruskan evolusi model berkenaan dengan penambahbaikan dari aspek teknologi, prestasi dan pengalaman pemanduan.
2. HAMPIR 175,000 UNIT X50 SUDAH BERADA DI JALAN RAYA
Satu lagi angka yang menarik ialah jumlah keseluruhan Proton X50 yang telah menemui pemiliknya. Sejak 2020, hampir 175,000 unit Proton X50 telah terjual di seluruh dunia.
Di sebalik angka tersebut tentunya terdapat pelbagai cerita — daripada pembeli yang menjadikan X50 sebagai kereta pertama, sehinggalah keluarga yang memilih SUV ini apabila kehidupan mereka memasuki fasa baharu.

Tidak kurang menarik, komuniti pemilik X50 juga aktif berkongsi pengalaman mereka menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan XiaoHongShu.
3. 32,254 UNIT DALAM SETAHUN BUKAN SEKADAR NOMBOR
Dalam tempoh 12 bulan pertama selepas pelancaran All-New Proton X50, sebanyak 32,254 unit telah terjual. Kalau semua kenderaan tersebut disusun dari bampar ke bampar, panjang keseluruhannya dianggarkan mencecah kira-kira 132 kilometer.

Itu hampir menyamai jarak perjalanan antara Kuala Lumpur dan Melaka. Lebih menarik, berdasarkan anggaran penggunaan 20,000 kilometer setahun bagi setiap kenderaan, keseluruhan X50 tersebut secara kolektif mampu mencatat lebih 603 juta kilometer perjalanan.
Angka itu bersamaan lebih daripada 15,000 kali mengelilingi bumi. Di sebalik statistik tersebut sebenarnya tersimpan jutaan perjalanan harian — daripada pergi bekerja dan menghantar anak ke sekolah hinggalah perjalanan jauh bersama keluarga.
4. TEKNOLOGI PINTAR DATANG BESAMA KESELAMATAN
Proton X50 bukan sekadar mengutamakan gaya. Sepanjang evolusinya, model ini terus menerima peningkatan dari aspek teknologi dan keselamatan.
Antaranya ialah perubahan daripada enjin turbo tiga silinder kepada enjin empat silinder terbaharu, selain sistem arahan suara “Hi PROTON” yang disokong pembantu maya Aisyah.

Bagi keselamatan pula, All-New Proton X50 dilengkapi Advanced Driver Assistance System (ADAS) Tahap 2 serta memperoleh penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP.
Gabungan teknologi, ketersambungan dan ciri keselamatan ini menjadikan X50 lebih relevan untuk keperluan pemandu masa kini.
5. PEMILIK X50 SEMAKIN MUDA & PILIHAN WARNA PUN MENARIK
Siapa sebenarnya yang memilih Proton X50? Menurut PROTON, purata umur pemilik ialah sekitar 36 tahun.
Ini menunjukkan SUV tersebut mempunyai tarikan yang kuat dalam kalangan generasi yang lebih muda dan pengguna yang mahukan gabungan praktikaliti, teknologi serta gaya.

Dari segi warna pula, Snow White menjadi pilihan paling popular dengan 31% daripada jumlah jualan. Ia diikuti Teal Bayou Green sebanyak 24% dan Armour Silver sebanyak 18%.
Menariknya, pilihan warna ini juga menunjukkan pengguna X50 semakin terbuka kepada warna yang lebih menyerlah selain warna neutral tradisional.
JADI, KENAPA PROTON X50 MASIH POPULAR?
Lima fakta ini memberikan satu gambaran yang jelas. Populariti Kali ini bukan hanya bergantung kepada satu faktor. Sebaliknya, ia hadir daripada gabungan reka bentuk, prestasi, teknologi, keselamatan dan praktikaliti yang disesuaikan dengan keperluan pengguna Malaysia.
Dengan lebih 32,000 unit All-New Proton X50 terjual dalam tahun pertamanya dan hampir 175,000 unit sejak model ini diperkenalkan, kisah SUV ini jelas masih belum berakhir.
Selepas lima tahun berada dalam pasaran, pastinya terus memainkan peranan penting dalam landskap SUV Malaysia — dan gelaran “King of SUVs” nampaknya masih belum mahu dilepaskan.