OMODA | JAECOO CARRO Selayang 3S Centre Dibuka, Perkukuh Rangkaian Pengedar dan Servis di Malaysia
OMODA | JAECOO CARRO SELAYANG
OMODA | JAECOO Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri automotif tempatan menerusi pembukaan rasmi OMODA | JAECOO CARRO Selayang 3S Centre. Sekali gus memperluaskan rangkaian pengedarannya serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lebih menyeluruh untuk pelanggan di Lembah Klang.
CARRO SELAYANG 3S CENTRE
Dikendalikan oleh CARRO Digital Sdn. Bhd., pusat 3S (Sales, Service & Spare Parts) baharu ini menjadi simbol kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat dalam usaha memperkukuh pengalaman pemilikan kenderaan yang lebih premium, cekap dan berorientasikan pelanggan.
OMODA | JAECOO MALAYSIA TERUS PERLUAS SELURUH NEGARA
Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, berkata pembukaan pusat 3S baharu di Selayang membuktikan komitmen jenama itu untuk terus berkembang bersama rakan pengedar strategik yang berkongsi visi sama dalam memberikan pengalaman pelanggan bertaraf tinggi.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan pengedar kami, CARRO Digital, atas pembukaan fasiliti baharu ini. Pembukaan pusat pameran di Selayang bukan sahaja menambah satu lagi lokasi dalam rangkaian kami, malah mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran Malaysia serta komitmen untuk terus berkembang bersama rakan kongsi yang diyakini seperti CARRO Digital.”

Beliau menegaskan bahawa OMODA | JAECOO Malaysia akan terus memperluaskan rangkaian pusat pameran dan servis di seluruh negara bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lancar, mudah dan berkualiti tinggi.
“Kami akan terus mengembangkan rangkaian kami di seluruh negara bagi mendekatkan produk serta perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan, sekali gus memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lancar tidak kira di mana mereka berada.”
OMODA | JAECOO CARRO SELAYANG 3S CENTRE
TAWAR KEMUDAHAN LENGKAP
Pembukaan pusat baharu ini menyusuli pelantikan CARRO Digital sebagai pengedar sah OMODA | JAECOO pada Mac 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan jenama tersebut di Malaysia.
Terletak di lokasi strategik di Selayang, Selangor, pusat ini memberi kemudahan kepada pelanggan dari Selayang, Batu Caves, Templer, Rawang serta kawasan sekitarnya untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.
KONSEP 3S
Konsep 3S yang ditawarkan merangkumi Jualan kenderaan baharu, Servis penyelenggaraan, Bekalan alat ganti tulen, Pandu uji, Khidmat nasihat pembiayaan, Penilaian kenderaan tukar beli, Bantuan insurans dan Perkhidmatan selepas jualan bertauliah

Pendekatan bersepadu ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan menyeluruh daripada proses pembelian sehingga penyelenggaraan berkala.
MAMPUS SERVIS HINGGA 624 KENDERAAN SEBULAN
Bagi memenuhi pertumbuhan jumlah pemilik kenderaan OMODA | JAECOO di Malaysia, pusat servis baharu ini dilengkapi dengan enam petak servis moden yang mampu mengendalikan sehingga 624 kenderaan setiap bulan.
Kapasiti yang lebih besar ini dijangka membantu mempercepatkan proses penyelenggaraan, mengurangkan tempoh menunggu pelanggan serta memastikan standard servis jenama terus dikekalkan. Kemudahan teknikal yang lengkap turut membolehkan juruteknik terlatih menjalankan kerja penyelenggaraan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh OMODA | JAECOO Malaysia.
RUANG PAMERAN PREMIUM BUAT PELANGGAN
Selain kemudahan servis, OMODA | JAECOO CARRO Selayang 3S Centre turut menawarkan ruang pameran moden yang direka mengikut identiti runcit terkini jenama tersebut.
Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat rangkaian model OMODA | JAECOO dalam suasana yang selesa dan eksklusif, sambil menikmati pelbagai kemudahan seperti Coffee Lounge, Wi-Fi percuma, Ruang menunggu moden dan Persekitaran mesra pelanggan

Konsep ini mencerminkan komitmen jenama dalam meningkatkan pengalaman pelanggan di setiap titik sentuhan sepanjang proses pemilikan kenderaan.
OMODA | JAECOO KINI MILIKI 53 PUSAT PAMERAN DI MALAYSIA
Pembukaan OMODA | JAECOO CARRO Selayang 3S Centre menambah momentum pertumbuhan pesat jenama itu di pasaran tempatan. Sehingga kini, OMODA | JAECOO Malaysia mempunyai 53 pusat pameran di seluruh negara yang disokong oleh rangkaian pengedar sah yang semakin berkembang.
Perkembangan ini membuktikan komitmen syarikat dalam memastikan lebih ramai pelanggan di seluruh Malaysia mendapat akses kepada produk, penyelenggaraan serta perkhidmatan selepas jualan yang memenuhi standard antarabangsa.
