NOSTALGIA RETRO RAYA 2023, APA YANG BEST?

NOSTALGIA RETRO RAYA 2023, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Walaupun baru 1 minggu puasa pasti ada yang sudah mula mencari kelengkapan raya.

Biar cari awal agar tak kalut agar semuanya berjalan dengan lancar. Mana taknya kalau macam cari baju pasti nak cari saiz, warna agar sedondon kan?

NOSTALGIA RETRO RAYA 2023

Untuk kali ini, tema untuk festival yang bakal diadakan mungkin memberi kelainan. Bakal menggamit memori indah buat pengunjung yang bakal tiba.

Mana tak Nostalgia Retro Raya bakal menggamit memori zaman silam di era 70an hingga 80an yang tidak dapat disamakan dengan terkini.

Zaman era 70an hingga 80an, bakal memberi erti sambutan raya tahun ini.

Dijalinkan antara Berqat Media Sdn. Bhd. dan MARDIcorp ini akan berlangsung selama 10 hari. Bermula pada 7 April 2023 hingga 16 April 2023 di Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor.

PELBAGAI KEPERLUAN ADA

Lebih 60 peniaga akan menyertai fetival kali ini yang menawarkan pelbagai barangan, pakaian, makanan dan minuman.

Juga ada jualan kuih raya dan kelengkapan untuk persediaan menyambut Aidil Fitri tak lama lagi.

ANTARA SELEBRITI YANG TERLIBAT

Selain peniaga, artis dan selebriti tempatan juga akan mengadakan jualan produk mereka sekali gus memeriahkan acara ini bersama-sama pengunjung yang datang.

Antara artis yang akan turut serta adalah Syura, Haiza, Ashraf Muslim, Mimi Ernida, Fifi Azmi, Syed Ali, Fendi Bakri, Nafiz, Afzan dan Da’ie Azrin.

FASILITI SEMUA ADA

Nostalgia Retro Raya bukan sahaja akan menawarkan suasana yang menggamit memori.

Malah penganjuran di MAEPS juga menjanjikan suasana yang selesa untuk membeli-belah bersama keluarga.

Terutamanya kanak-kanak, kemudahan awam yang baik seperti tandas, surau dan mesra pengunjung kurang upaya selain menyediakan kawasan letak kereta yang luas dan percuma.

Facebook |Contact Amiruddin Karim di 013-2199103

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge