GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA- TAWARAN APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa, Guardian pun tak nak lepaskan peluang berkongsi raya bersama para pelanggan.
GUARDIAN RAYA UNTUK SEMUA
Tayangan perdana Guardian Raya Untuk Semua, diperkenalkan bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Raya yang betul-betul menakjubkan!
Video raya yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian. Dibangunkan dengan tema – ‘Keluarga yang ceria bersama, kekal bersama’ (A family that plays together, stays together).
Di sebalik perbezaan dalam keluarga yang punya personaliti dan perangai berlainan antara satu sama lain.
Apabila seisi keluarga bersatu, mereka teguh ibarat sebuah rumah yang kukuh, saling membantu antara satu sama lain agar hubungan lebih harmoni dan gembira.
ERATKAN SILATURAHIM
“Video Raya 2023 kami, bertajuk Guardian Raya Untuk Semua. Dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim.
Selain itu memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.
Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!”
Guardian adalah jenama yang memenuhi segala keperluan kesihatan dan kecantikan anda, menyatukan keluarga dan kami akan sentiasa bersama anda.”
-kongsi Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd.
EMPAT PELANGGAN SETIA GUARDIAN?
Apa yang menjadikan video raya kali ini berbeza daripada yang sebelumnya adalah, untuk video tahun ini, Guardian menampilkan EMPAT pelanggan setia Guardian.
Empat wanita ini adalah antara finalis Peraduan Face of Healthy Beauty Guardian yang diadakan pada 2019.
Mereka adalah Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi.
Keempat-empat wanita adalah pelanggan setia Guardian dan merupakan testimoni hidup Healthy Beauty. Iaitu konsep kehidupan yang diperjuangkan oleh Guardian dalam semua acaranya.
“Kami sangat berbangga dengan mereka sehingga kami memberikan gelaran ‘Ikon Healthy Beauty’ kepada keempat-empat wanita ini,”
-sambung Teo.
TAWARAN RAYA UNTUK SEMUA
Untuk membantu pelanggan kekal sihat dan cantik menjelang Hari Raya, Teo turut mengumumkan tawaran ‘Raya Untuk Semua’ Guardian.
Menampilkan promosi penjimatan sehingga 50% yang akan bermula di semua stor fizikal dan dalam talian mulai 30 Mac 2023.
Antara tawaran istimewa Hari Raya termasuk hadiah percuma eksklusif, percuma beg penyusun kecantikan untuk belian RM160 ke atas, percuma baucar jenama penjagaan kulit bernilai RM118.
Ada juga set hadiah Pinggan Seramik 3 Keping atau Bekas Kaca Meadows dengan Penutup Buluh dengan pembelian RM120 ke atas secara percuma.
Tawaran seperti diskaun 70% untuk barangan kedua produk penjagaan diri dari jenama Guardian, percuma sampul duit raya dengan pembelian RM68 ke atas.
Belian dengan Belian Air Fryer Mini Eksklusif 1.5L pada RM89 dan jimat 50%[tertakluk terma dan syarat]
NAK BANTU KANAK-KNAK KURANG BERNASIB BAIK?
Di bulan Ramadan yang mulia ini, pelanggan Guardian juga boleh membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dengan membeli mana-mana produk mandian jenama Guardian.
Untuk setiap liter yang dijual, Guardian akan mendermakan RM0.15 ke tabung yang telah diwujudkan untuk membeli produk penjagaan mandian untuk mereka.
“Jadi, rebutlah tawaran menakjubkan yang telah kami sediakan untuk anda sempena Hari Raya ini.
Pastikan anda kelihatan segak, anggun dan sihat apabila pulang menziarahi sanak saudara di kampung di Hari Raya nanti,”
-kata Teo mengakhiri.