Tidak menyangka yang ini adalah kali ke 2 anjuran nya- Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara 2.0.
PERSIDANGAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU NUSANTARA 2.0
Fakulti Sains Kesihatan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP telah menganjurkan Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara 2.0 . Berlansung selama dua hari bermula pada 24 Ogos 2024 di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (Kampus Batu Muda).
Persidangan ini bertujuan untuk menggalakkan integrasi amalan perubatan tradisional Melayu dengan perubatan moden dalam menangani cabaran-cabaran kesihatan semasa.
Majlis perasmian persidangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Goh Cheng Soon yang mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia.
CABARAN UTAMA
Bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh pengamal perubatan tradisional Melayu adalah untuk memastikan kelestarian dan kerelevanan amalan tradisional ini di dalam era globalisasi yang serba canggih.
Pengamal perubatan tradisional perlu dapat beradaptasi dengan perkembangan teknologi dan inovasi dalam bidang perubatan untuk terus bersaing secara efektif.
LEBIH 10 PAKAR BIDANG DI JEMPUT
Persidangan ini berperanan sebagai tempat berkongsi pandangan, mengemaskini ilmu, dan kaedah perawatan dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Lebih 10 pakar bidang telah dijemput sebagai penceramah dan pembentang untuk membincangkan pelbagai aspek perubatan tradisional Melayu.
Antaranya seperti urutan Melayu, penjagaan ibu dan anak selepas bersalin, bekam perubatan tradisional Melayu, herba perubatan tradisional Melayu, dan amalan kerohanian.
KERJASAMA LIMA PERSATUAN TERKEMUKA
Persidangan ini juga berjaya menjalinkan kerjasama dengan lima persatuan terkemuka dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Antaranya ialah Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia (HAMA), Persatuan Pengamal Urut Terapeutik dan Penjagaan Melayu Malaysia (PUTRAM MALAYSIA)
Turut serta Pertubuhan Pengamal Perubatan Melayu Nusantara (PEMERA), Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM), dan Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu (PERDIMAN).
Kerjasama ini melibatkan pembentukan Majlis Perunding Perubatan Tradisional Melayu, jalinan kerjasama akademik dan kajian penyelidikan, penawaran kursus jangka pendek. Serta penganjuran seminar dan bengkel.
MALAYMEDIC.COM DILANCARKAN
Pada persidangan ini, turut dilancarkan portal malaymedic.com . Platform bagi mengumpulkan maklumat pengamal perubatan tradisional Melayu, produk terkini, dan perkhidmatan yang berkaitan.
Persidangan ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman. Jyga Pengurusan Tertinggi UCMI sebagai penghormatan terhadap penyelenggaraan persidangan yang berjaya dijalankan.
Ini menunjukkan pengiktirafan terhadap usaha mempromosikan integrasi antara perubatan tradisional Melayu dan perubatan moden bagi meningkatkan kesihatan masyarakat secara menyeluruh.
Dalam era di mana teknologi terus berkembang dengan pesat, penting bagaimana perubatan tradisional Melayu tetap relevan. Juga dapat memberikan sumbangan yang bernilai dalam bidang kesihatan.
Melalui persidangan ini, pengamal perubatan tradisional Melayu dapat terus mengemaskini pengetahuan, berkongsi pengalaman. Memperluaskan rangkaian kerjasama bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan secara holistik.