MYANGKASA AMANAH BERHAD BANTU URUS HARTA PUSAKA

MYANGKASA AMANAH BERHAD BANTU URUS HARTA PUSAKA| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda selain dari agensi urus harta pusaka yang ada diluar sana ada satu yang dapat membantu.

MYANGKASA AMANAH BERHAD

MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB), anak syarikat yang dinaungi sepenuhnya oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Kali ini menganjurkan Majlis Pengisian lImu Perancangan Harta Pusaka bersama pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2022 ci Dewan Dato’ Mohd Ali Baharom, Wisma Ungku A.Aziz.

MAAB merupakan penaja bersama rancangan Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2022 yang bersiaran langsung setiap hari Khamis, jam 9 malam di TV Al-Hijrah sebanyak 8 episod.

KONGSI ILMU PERANCANGAN HARTA PUSAKA

Majlis yang diadakan dengan objektif berkongsi ilmu perancangan harta pusaka kepada pelatih ADMY 2022. Ini agar anak-anak dapat menguar-uarkan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan urus tadbir harta pusaka

Seterusnya mengurangkan isu harta terbeku dan tidak dituntut di kalangan umat Islam khususnya.

BUKA PELUANG JADI EJEN PERANCANGAN HARTA PUSAKA

MAAB juga membuka peluang kepada pelatih ADMY 2022 untuk menjadi ejen perancangan harta pusaka. Juga dengan menaja pemenang Daie Muda ADMY 2022 sebagai Rakan Niaga Premium MAAB.

Selain menaja kursus latihan sebagai ejen kepada semua pelatih ADMY 2022.

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, sehingga hari ini, MAAB telah melakar pencapaian yang amat membanggakan dengan pendaftaran Wasiat melebihi 223,247 kes dengan anggaran jumlah nilai aset sebanyak RM 111.6 billion.

Jika Pentadbiran Pusaka ini diselesaikan kelak, pendapatan MAAB dianggarkan sebanyak RM 2.23 billion.

SASARAN BUAT ANGKASA

Antara Sasaran masa hadapan ANGKASA adalah untuk menjadikan MAAB sebagai penyedia utama khidmat Perancangan dan pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia.

Juga membantu untuk dapat menyelesaikan masalah harta pusaka terbeku akibat daripada kegagalan menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka.

ANGKASA juga juga membuka ruang kepada orang awam untuk menjadi ejen perancangan harta pusaka MAAB bagi memperluaskan lagi kefahaman produk perancangan harta pusaka.

Antaranya seperti Wasiat, Hibah dan Amanah kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Orang awam ataupun mana-mana syarikat yang berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan MAAB dan menjadi akan niaga supaya dapat menghubungi MAAB bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge