FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA, APA YANG BEST?

FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila di sebut tentang insan istimewa, apa yang terlintas di fikiran anda?

FESTIVAL SENI INSAN ISTIMEWA

Program ini bakal berlangsung pada 30 Oktober 2022 bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam di Aras 2, Gerbang Kerinchi Lestari (Bangsar South), Pusat beli-belah KL Gateway, Kuala Lumpur.

Pelbagai acara yang menampilkan penyertaan dikalangan individu kelainan upaya bakal diadakan. Rata-rata acara yang dirangka ini menfokuskan kepada acara berbentuk seni budaya.

Antaranya persembahan dan pertandingan serta ruang pameran hasil karya seni yang dihasilkan oleh golongan istimewa ini.

BAGAIMANA TERCETUSNYA?

“Inisiatif penganjuran acara Festival Seni Insan Istimewa ini tercetus begini. Beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan agar diadakan satu acara seni khusus.

Acara ini khusus terhadap mereka, yang rata-ratanya amat berbakat dan menjadikan karier selaku Buskers bagi menampung pendapatan seharian mereka”

-menurut Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia. Juga komposer lagu “ Namun Ku Punya Hati “ yang merupakan lagu Ikonik bagi golongan insan istimewa ini:

ANTARA AKTIVITI YANG ADA

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan kepada insan istimewa ini adalah pertandingan Idola Istimewa, pertandingan Kugiran Istimewa, pertandingan memasak, melukis, sukan ringan dan banyak lagi.

Semua aktiviti ini diadakan secara PERCUMA bagi semua golongan kelainan upaya dari semua kategori iaitu kelainan upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, anggota dan autism.

KONSERT ISTIMEWA BUAT SEMUA!

Selain aktiviti-aktiviti, turut disediakan puluhan Booth pameran berkaitan dengan komuniti ini. Pada malam hari pula, akan diadakan satu Konsert Istimewa yang bakal menampilkan bakat-bakat seni suara istimewa.

Diantara yang terlibat ialah Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif dan juga rakan-rakan artis lain antaranya Moq, Dato/ Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.

TERIMA KASIH BUAT ..

“Terima kasih tidak terhingga di atas bantuan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2022 bagi merealisasikan acara Festival Seni Insan Istimewa.

Juga rakan-rakan strategik penting seperti Yayasan Wilayah Persekutuan di mana YB Menteri WIlayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim sendiri telah bersetuju memberi sumbangan terhadap program ini melalui Yayasan WP atas keprihatinan beliau terhadap golongan ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP Bangi), SWATV, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)

YB SENATOR DATUK RAS ADIBA RADZI

Juga OCBC (yang menyumbang untuk hadiah pertandingan), OKU Sentral dan YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberi sokongan penuh untuk mendapatkan peserta.

Tidak lupa juha penyertaan gerai pameran dan pastinya KL Gateway Mall selaku penaja lokasi untuk menjayakan festival ini. Diharapkan semoga festival ini bakal memberikan kegembiraan dan penghargaan bagi golongan istimewa ini.

Terima Kasih juga buat anda para rakan-rakan wartawan atas sokongan berterusan kepada usaha Karyawan dan aktiviti kami”ujar Freddie.

Bagi mana-mana individu atau badan bukan kerajaan yang berminat untuk menjadi penaja boleh menghubungi pihak urusetia melalui:

  • emel:okufestive@gmail.com
  • talian Tel: +6012 315 3988(Tuan Hj. Kamaluddin Mohd. Kasim).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge