MUSEUM OF ILLUSIONS ANTARA TARIKAN BEST, DI KL!

MUSEUM OF ILLUSIONS ANTARA TARIKAN BEST, DI KL! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sekali sekala teringin nak jadi ‘tourist’ di tempat sendiri. Ala tak jauh mana pun dalam bandar Kuala Lumpur juga.

Sebenarnya, banyak tempat menarik dalam Kuala Lumpur sendiri. Kali ini KP nak kongsikan salah satu tarikan best yang patut dikunjungi.

MUSUEM OF ILLUSION

Lokasinya di tingkat pertama, didalam Hotel Ansa, Jalan Bukit Bintang antara Farenheit 88 dan Lot10. Dari pintu masuk Hotel Ansa, naik escalator ditingkat atas.

Disambut dengan mesra oleh staff disini membuatkan anda rasa ala-ala ‘tourist’. Pelbagai aktiviti menarik ada disini untuk semua usia tidak kira anak-anak atau dewasa.

HARGA TIKET

Harga tiket Museum of Illusions untuk anda pemegang MYKad bagi Dewasa adalah RM 35 dan kanak-kanak RM25. Kalau ada kad pelajar harga cuma RM 30 saja

Ada harga pakej tak? Ada juga dimana harga pakej: 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak cuma RM 90. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kalau cuti umum lebih baik telefon dahulu sebelum datang ye.

TINGKAT PERTAMA

Disini bakal pelajari bagaimana cara minda berfungsi dengan pengalaman yang menakjubkan. Pengalaman yang menarik dari segi visual, deria dan pendidikan.

Ada juga beberapa ilusi yang mungkin sudah tahu jawapannya pada pandangan kali pertama. Ada juga kena berfikir sejenak dimana tidak pernah lihat sebelum ini.

Tidak kira usia sama ada muda atau tua, kanak-kanak ataupun dewasa. Mungkin ini cara terbaik untuk meluangkan masa bersama.

Antara yang ada;

Cantik hasil tangkapan .

Yang nie wajib bergambar sebab di pintu masuk

Agak mencabar untuk dapatkan sekeping gambar ini. Especially yang duduk

Yang nie mencabar juga . sebab sorang kecil sorang besar

Kite senget ke atau ruangan ni yang senget.

Nasib cik abg sporting nak turut serta bergambar. Nampak tak semangat Merdeka kite!

Ada juga puzzle buat anak-anak untuk solve. Jangan risau ada petunjuk atau ‘hint’

Semua dia buat sendiri, kite takde tolong pun.

TINGKAT DUA

Terowong Vortex – apabila berjalan melalui terowong ini, mungkin ada yang pening. Mana taknya tetiba terasa berpusing dengan lampu yang cantik. Hakikatnya berdiri saja.

Apa tah yang diintai oleh dua beranak ni. Apa yang dijenguk tu

Ilusi kan .. boleh terkejut juga kalau first time tengok

Ruangan warna.. boleh tutup antara warna yang ada jadi lah ini hasilnya

Ilusi optik dan pemasangan dimana ianya memerlukan sedikit untuk berfikir. Kite tidak boleh lihat dari pandangan terus, mungkin kena pandang dari sisi atau lebih telus.

CENDERAHATI

Nak beli buat kenang-kenangan dimana pernah menjejaki kaki ke sini. Ada pelbagai cenderahati, ini diantaranya

Secara keseluruhan, ini adalah diantara tarikan buat para pengunjung atau digelar ‘tourist attaraction’. Hanya ini yang satu di Kuala Lumpur.

Datang dan terokai sendiri dunia ilusi dimana tida yang mustahil. Kadang-kala perlukan hiburan seperti ini untuk meredakan kekusutan.

Jangan lupa bawa kamera atau phone full charge untuk merakam segala kenangan yang ada disini. Parking berdekatan antara Farenheit 88 , Lot 10 mahupun Sg,Wang

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge