INNERCASUAL ATAU IC DI AEON, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Innercasual bukanlah baru dalam bidang fesyen. Sebelum ini ada dikongsikan didalam artikel tentang produk terbaru ini
INNERCASUAL ATAU IC
Kini bukan setakat di AEON Alpha Angle tetapi juga di AEON 1Utama. 13 Ogos yang lalu diadakan seisi ‘Shadow Boxing’ khas di pekarangan ruang jualan tingkat 1.
TRIBE BOXING STUDIO
Produk iC yang dijual di AEON adalah kerjasama antara Innercasual atau iC dengan T,RIBE Boxing Studio. Ye, TRIBE Boxing Studio adalah gim butik komuniti dimana berlokasi di Tropicana Gardens antaranya.
Selain mengadakan seisi ‘Shadow Boxing’ , diperkenalkan juga produk terbaru dari iC. Produk jenama ini dari Jepun dan menariknya ia serap peluh
Teknologi tekstil dari Jepun ini popular dan boleh dipakai pada semua peringkat usia. Selesa untuk di pakai tidak kira dimana terutama sewaktu bersukan seperti ‘shadow boxing’.
KATHERINE HAMNETT
Siapakah beliau? Sebenarnya Katherine Hamnett adalah salah seorang dari pereka jenama iC. Beliau juga adalah aktivis ikonik British.
Tema yang diangkat kali ini adalah ‘Saving Planet’ dan merupakan sentuhan fesyen terkini dari Studio Innercasual.
‘Saving The Planet’ tertera di kebanyakan jenama Innercasual berfungsi memelihara dan memulihara alam sekitar dan bumi.
Ia tahan dipakai untuk jangka masa yang panjang apatah lagi ia serap peluh dan kering dengan cepat memberikan rasa nyaman sepanjang masa.
4 PILIHAN IC
Untuk kali ini terdapat 4 pilihan yang boleh dipilih. Dari gaya Organic Cotton, Mirai Beauty, Peace Fit dan Active Wear, Lebih fokus kepada keselesaan untuk bersukan. Tapi tidak semestinya untuk bersukan saja, untuk santai pun boleh.
Fabrik yang digunakan ‘stretchable’. Yang menarik anti-bau, anti-bakteria dan ada perlindungan UV. Best tau!
Kelainan koleksi iC adalah mesra alam dan menggunakan kapas organik. Kapas organik ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia.
SPEND, SPIN & WIN
Jika membuat pembelian lebih daripada RM 150, berpeluang ‘Spend, Spin & WIn’. Bakal memenangi hadiah misteri dan jika tuah menyebelahi menang produk Innercasual.
Apa lagi, jom pakat ramai-ramai singgah, lihat dan rasa sendiri kelembutan produk yang berkualiti tinggi.
Website|
akak dah beli few pieces for myself dan husband…mmg best