MsMA 2023 UNTUK MEMPERKASA WANITA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memperkasa invidividu bernama wanita banyak cabaran dan dugaan yang mendatang.

MsMA 2023

Pertandingan Influencer Web3 MsMA 2023 Edisi Malaysia telah diadakan untuk membuktikan bahawa Millionaireasia kekal teguh dengan misinya untuk memperkasa wanita Asia.

Selain itu, ia diwujudkan untuk meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang. Juga mengiktiraf sumbangan mereka terutamanya kepada kemajuan dan pembangunan rantau Asia.

Millionaireasia menyokong matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Sustainable Development Goals yang mengadvokasikan pemerkasaan wanita.

ACARA PELANCARAN SELARI DENGAN HARI WANITA SEDUNIA

Acara pelancaran Pertandingan Influencer Web3 MsMA 2023 edisi Malaysia (Malaysia MsMA 2023 Web3 Influencer Competition) itu juga dianjurkan selari dengan hala tuju Hari Wanita Sedunia.

Ia diserikan dengan kehadiran YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laksamana Negeri Sembilan.

Manakala, kehadiran personaliti serta figura-figura wanita yang berjaya di bidang masing-masing menguatkan lagi aura acara.

OBJEKTIF UTAMA

Menggalakkan kaum wanita untuk bersatu hati, meluaskan rangkaian mereka, berkongsi pengetahuan.

Serta memberikan inspirasi kepada wanita-wanita lain dan seterusnya menggunakan segala ilmu dan kemahiran ini untuk meningkatkan jati diri serta kualiti hidup sehari-hari.

Mengaplikasikan Empat dari 17 Matlamat Pembangunan Lestari iaitu Tiada Kemiskinan, Tahap Kesihatan dan Kesejahteraan yang Bagus, Pendidikan Berkualiti dan Sifat Kerjasama.

Pelancaran Pertandingan Influencer Web3 MsMA 2023 di Malaysia merupakan inisiatif utama dari Millionaireasia terutamanya di Asia.

Seterusnya menjadi aset kepada pembangunan dan kemajuan rantau agar dapat bersaing di pentas dunia.

PERTANDINGAN INFLUENCER WEB3 MSMA 2023

Pertandingan ini memberikan fokus yang tinggi kepada isu-isu sosial, ekonomi dan budaya wanita. Serta pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh wanita di dalam bidang-bidang berkaitan tersebut.

Selain itu, ianya secara langsung juga menggalakkan rekaan peluang-peluang baru kepada wanita serta idea inovatif yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

Selari dengan misi Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac 2023, dan disambut sepanjang bulan Mac.

BUKAN PERTANDINGAN RATU CANTIK?

“Amat penting untuk kami nyatakan di sini bahawa MsMA 2023 Web3 Influencer Competition bukanlah pertandingan ratu cantik kerana pasti ada yang bertanya.

Kami juga tiada sebarang tentangan kepada mana-mana penganjuran pertandingan ratu cantik.

Namun pertandingan MsMA 2023 ini lebih mendalam maksud serta pengisiannya. Ia lebih menjurus kepada matlamat, identifikasi jelas kepada peranan yang dimainkan.

Serta sumbangan wanita bukan sahaja kepada keluarga, komuniti dan negara, tetapi kepada dirinya sendiri.

PERTANDINGAN YANG DIREKA KHAS

Untuk pengetahuan semua, MsMA adalah sebuah pertandingan yang direka khas bagi wanita berumur 18 tahun ke atas yang menekankan pentingnya penjenamaan diri, pembinaan idea.

Seterusnya usaha dalam menggabungkan kedua-dua aspek ini kearah satu inisiatif yang dapat memberikan hasil dan dapat dikira nilai kuantitatifnya.

Setakat ini, ianya telahpun dilancarkan di negara-negara lain di rantau ini antaranya Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia. Juga telah melantik mentor-mentor yang berkaliber dan berkredibiliti untuk memberikan tips serta nasihat kepada para finalis yang terpilih.

Mentor-mentor ini kesemuanya merupakan pakar di bidang masing-masing dan mereka juga akan mepersiapkan finalis untuk menempuhi cabaran di pusingan akhir.

-Menurut Peter Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Millionaireasia (Asia Pasifik) yang berpengkalan di Singapura.

HADIAH KEMENANGAN

Pemenang pertandingan ini bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak $1 juta Singapore Dollars.

Selain itu, pemenang juga mungkin diberi peluang menjadi pelakon di dalam salah satu filem MsMA di masa akan datang dan ini tentunya dapat membuka peluang-peluang lain di peringkat yang lebih tinggi”.

Pertandingan yang unik ini juga menampilkan strategi tambahan yang dapat menambah pendapatan kaum wanita.

Ini termasuk penukaran video para peserta yang menjadi pilihan serta mendapat reviu terbaik kepada bentuk Non-Fungible Tokens (NFT). NFT ini seterusnya boleh ditawarkan untuk jualan di platform global sebagai aset digital.

Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini telah dilanjutkan kepada 21 Mei 2023.

Website| Instagram |Email

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge