LIP BOOSTER SERUM JENAMA HER BEAUTY, BEST KE?

LIP BOOSTER SERUM JENAMA HER BEAUTY, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti nie jenama baru sebab belum dengar sebelum ini,

NYNAA HARIZAL

Jika anda kenal dengan nama ini pasti anda kenal dengan individu ini bukan? Bukan setakat pelakon tetapi kini melangkah setapak sebagai usahawan

Selebriti Nynaa Harizal memanfaatkan peluang untuk mula berjinak dalam dunia perniagaan sekaligus membina empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, Her Beauty.

JENAMA HER BEAUTY

Memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum.

Dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.

 “Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik.

Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran.

Ini supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.

Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran ‘Her Beauty’ iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum.

Bakal bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.

-kongsi Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’

HARGA MAMPU MILIK

Dipasarkan dengan harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak.

LIP BOOSTER SERUM

Didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama.

Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.

SERUM FIRE

Diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur.

Memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat.

SERUM ICE

Diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan. Untuk kali ini memberikan cooling effect selepas penggunaan serum Fire.

Selain itu juga memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah.

Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, kami berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi ‘Her Beauty’ ke aras tertinggi.

Menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas sudahpun dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat untuk mempromosikan jenama kami.”

-sambungnya lagi

Jika ingin mendapatkan produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum melalui ejen mahupun

Website|Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge