MID AUTUMN MOONRISE DI HILTON KL, BEST!

MID AUTUMN MOONRISE DI HILTON KL, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Musim luruh biasa disambut dengan hidangan kuih bulan. Hilton Kuala Lumpur tidak ketinggalan untuk turut serta untuk tahun ini.

KOLEKSI MID AUTUMN MOONRISE

Ianya dicipta khas sempena sambutan pertengahan musim luruh. Bukan saja premium tetapi dikatakan mesra alam. Sesuai dengan pendirian Hilton KL yang senantiasa amalkan prinsip menjaga kelestarian alam.

Dihasilkan daripada buluh mampan. Simbolik kepada keakraban hubungan keluarga yang dipertingkat sewaktu berkumpul beramai-ramai.

Reka bentuknya pula seperti kotak hadiah mewah yang boleh dijadikan sebagai kenangan sepanjang masa walaupun musim luruh berakhir.

KOLEKSI KUIH BULAN

Insipirasi bentuk kuih bulan ini daripada rekaan pagar berbentuk bulan yang ditempatkan di taman-taman teh di China. Sinar cahaya daripada bulan pula mendekatkan keluarga yang jauh.

KOTAK LETAK MID AUTUMN MOONRISE

“Tahun ini, kotak letak kuih bulan dihasilkan daripada bahan-bahan mampan mesra alam. Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat teman mahupun ahli keluarga yang tersayang.

Ia juga dikatakan sebagai simbol kepada hubungan berpanjangan sama ada dengan kawan-kawan mahupun keluarga.

Koleksi premium ini bakal memenuhi ruang kediaman mereka yang anda sayangi dan kerana itu ia menjadi koleksi premium

-Carmen Teo, Pengarah Komersil Hilton Kuala Lumpur

PILIHAN 2 SET MEWAH

2 set mewah daripada porselin dengan pilihan kuih bulan mengikut cita rasa anda. Dibakar secraa semulajadi atau kuih bulan dengan snow skin.

Kotak buluh ini menjadi simbol perayaan dengan citarasa moden. Lengkap dengan logo Hilton di atas pring manakala penutupnya pula dihiasi dengan panel baldu.

Di dalam kotak pula, kain baldu dijadikan sebagai lapik untuk meletakkan barang premium.

KOLEKSI KUIH BULAN – SNOW SKIN

  • Celestial Star-RM38 bersih
    Produk signature bagi Hilton KL. Namanya diinspirasikan dariapda bulan biru yang bersinar di langit malam.

Isian dalamnya adalah gabungan pes teratai putih bersama kacang macadamia truffle yang sangat enak apabila dimakan.

  • Heavenly Gold-RM60 bersih
    -Mengguna sepenuhnya isi Durian Musang King dengan Snow Skin
  • Royal Jade-RM38 bersih
    -Snow Skin Pes Teratai Putih dengan Mung Bean Masin dan Kacang Gajus bersama Gula Hitam
  • Blue Moon-RM38 bersih
    -Snow Skin Pes Teratai Amaretto dengan Keju Biru Feuillantine (Mengandungi Alkohol)
  • Flower Drum-RM38 bersih
    -Snow Skin Pes Teratai dengan Kuning Telur Kastard

KOLEKSI KUIH BULAN DIMASAK SECARA TRADISIONAL


-Kesemua koleksi ini adalah HALAL dan enak digandingkan bersama teh Cina panas.

Harga RM35 Bersih:

  • Baked White Lotus Paste
  • Baked Lotus Paste dengan Satu Biji Kuning Telur
  • Baked Pandan Paste dengan Satu Biji Kuning Telur
  • Baked Red Bean Paste dengan Kepingan Almond
  • Baked Green tea Lotus

Harga RM38 Bersih:

  • Baked White Lotus Paste dengan Satu Biji Kuning Telur
  • Baked Black Sesame Lotus dengan Satu Biji Kuning Telur
  • Traditional Style Baked With Five Nuts

National Mooncake Box Lunar Reunion boleh dibeli pada harga RM158. Ia mengandungi 4 kotak dengan setiap satu kotak mengandungi kuih bulan yang disarankan oleh Cef.

Bermula dari 1 Julaii hingga 10 September 2022. Dapatkan di lobi Hotel mahupun secara online

Website

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge