MILO SEMARAKKAN HARI MALAYSIA, MEMANG BEST!

MILO® SEMARAKKAN HARI MALAYSIA, MEMANG BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selalu tak minum berulang kali bila lori MILO datang ke sekolah waktu hari sukan terutamanya? Samalah dengan KP, pantang nampak lori MILO

#MALAYSIABOLEHBERSAMAMILO

Bermula hujung Ogos lalu, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah menyatupadukan rakyat Malaysia di seluruh negara dengan siri jelajah van MILO® ikonik.

Ini untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO®.

LARIAN MALAYSIA BOLEH BERSAMA MILO

Larian kali ini cukup bertenaga telah membuka tirai acara finale. Pelepasan telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek.

DATUK RASHID SIDEK

Seorang lagenda badminton negara dan juga Duta MILO® HI-FIBRE. Dengan kehadiran Datuk Rashid sedikit banyak menyuntik inspirasi agar berani terus melangkah dengan tenaga MILO® setiap hari.

Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan.

Selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur.

Antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.

LAGU BARU EKSKLUSIF ‘KITALAH JUARA’

Melangkah lebih jauh untuk membangkitkan semangat juara dalam diri semua, MILO® telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara”.

Ianya disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO®seperti Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac and Jestinna Kuan pada acara tersebut.

Lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara atas semangat perpaduan dan kecekalan.

ACARA KEMUNCAK

Kami amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO. Sehingga menjadikan acara kemuncak ini sambutan Hari Malaysia yang terbesar dan paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah penganjuran kami.

Sebagai jenama yang telah berkembang bersama negara dan dekat di hati jutaan rakyat selama lebih 70 tahun. Kami akan terus membekalkan tenaga kepada rakyat dengan kebaikan khasiat MILO® untuk bertahun-tahun lagi lamanya.

Semoga semangat Malaysia Boleh akan terus membara dan mendorong rakyat Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka. Tidak kira apa jua yang ingin dicapai,” 

-kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

SLOGAN MALAYSIA BOLEH

#MalaysiaBolehBersamaMILO meraikan semangat kecekalan rakyat Malaysia seperti yang terungkap dalam sorakan ‘Malaysia Boleh’ yang diilhamkan oleh MILO® sempena Sukan SEA 1993.

Slogan asal MILO® itu kemudiannya telah berkembang menjadi laungan harapan rakyat yang membakar semangat juara takkan gentar untuk mencapai kejayaan.

200,000 CAWAN MILO PERCUMA

Lebih 200,000 cawan minuman MILO® percuma telah diagihkan melalui Jelajah Perpaduan Van MILO®. Serta ditebus dengan tempahan set hidangan di mana-mana lapan restoran rangkaian merentasi 1,400 cawangan yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Menutup tirai kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO dengan lebih bertenaga lagi. Pada malam Hari Malaysia, MILO® telah ‘menakluki’ salah satu mercu tanda ikonik ibu kota, Menara TS Law.

Bangunan pencakar langit itu ‘bermandi’ cahaya hijau ikonik MILO® yang melambangkan matlamat jenama itu. Membekalkan tenaga dan menyuntik inspirasi agar rakyat Malaysia melangkah lebih jauh dengan kebaikan khasiat MILO®.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge