RAYA RIA BERSAMA KEBAIKAN MILO® UHT, RAIKAN RAMADAN, BEST!

RAYA RIA BERSAMA KEBAIKAN MILO® UHT, RAIKAN RAMADAN, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sambil berpuasa boleh juga join peraduan yang ada.

Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, MILO® UHT ingin mengambil kesempatan untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya.

Kali ini melalui peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT”, yang akan dilangsungkan di seluruh negara. 

RAYA RIA BERSAMA KEBAIKAN MILO® UHT

Peraduan yang akan bermula dari 4 April 2022 hingga 29 Mei 2022. Menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk duit raya, dengan nilai keseluruhannya mencecah RM200,000.

Antara hadiah yang menanti bakal pemenangnya termasuklah peti sejuk Samsung 620L 2-Pintu, Mesin Basuh Pengering Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan TV Pintar Samsung UHD 43’.

Peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah.

CARA NAK JOIN PERADUAN

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:

Beli mana-mana produk MILO® UHT yang terlibat (MILO® UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz 200ml)

Nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.

Catat nama penuh dan nombor dokumen pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan melalui WhatsApp ke talian 018 388 2455.

KEBAIKAN MILO UHT

Selain kebaikan susu sebagai sumber protein dan kalsium, koko memberi keenakkan rasa coklat serta barli malt sebagai sumber tenaga.

MILO UHT juga membekalkan Vitamin B2 yang bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil. Ia menjadikan minuman ini sebagai pelengkap yang ideal kepada pengambilan makanan seimbang untuk seisi keluarga.

MUDAH DAN BERI TENAGA

“Disediakan dalam bentuk sedia-untuk-diminum, MILO UHT memudahkan orang ramai untuk memperoleh tenaga di mana jua mereka berada.

Lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini, ia begitu sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa oleh para pengguna Muslim kami, terutamanya mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak ke sana sini,” 

-kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Dalam tempoh setahun ini, rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai musibah, terutamanya cabaran yang dibawakan oleh pandemik.

Apabila banjir melanda pula, ramai yang terjejas teruk dan kehilangan harta benda yang tidak terkira. Berbekalkan semangat Ramadan, peraduan ini adalah sumbangan kecil kami untuk membantu mereka yang terjejas bangkit semula.”

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge