‘KITALAH JUARA’ LAGU BARU DARI MILO, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Peminat MILO bukan setakat di usia kanak-kanak tetapi juga mereka yang dewasa.
Siapa saja yang tidak ulang-alik minum air MILO terutama dari lori MILO waktu temasya sukan?
‘KITALAH JUARA’ LAGU BARU
Lagu “Kitalah Juara” dipersembahkan buat pertama kali oleh Sahabat-Sahabat MILO®seperti Ayda Jebat, Amir Masdi dan Jestinna Kuan.
Pertama kali di Larian Malaysia Boleh Bersama MILO® yang diadakan di Dataran Merdeka pada 16 September lalu.
Turut serta membuat persembahan antaranya Danny AhBoy, Leona Azhar, Iman Opie, Mia Sara, PheiYong, As’ad Motawh.
KEMPEN #MALAYSIABOLEHBERSAMAMILO
Sempena kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO yang telah bermula dari hujung bulan Ogos lalu tercipta lagu baru. Kempen ini telah menyatupadukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama menyertai Larian Malaysia.
Siri jelajah van MILO® ikonik di seluruh negara juga membantu meraikan semangat perpaduan serta memupuk kecekalan yang disemarakkan.
LAGU SIAP DALAM 2 HARI
Dihasilkan dalam masa 2 hari dan melibatkan individu yang berbakat besar dalam bidang seni seperti Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac, Adam Sang, Catherine Yap Serta Hoe Hui Ting.
Mengharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara atas semangat perpaduan dan kecekalan.
BANGKIT SEMANGAT RAKYAT MALAYSIA
Ia ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi.
Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi mengharumkan nama negara.
Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
SEMANGAT MALAYSIA BOLEH
Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO® dan mempercayai semangat ‘Malaysia Boleh’ yang telah diketengahkan oleh MILO® sejak tahun 1993.
“Sebagai seorang penggemar MILO® sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan.
Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui”
-Prashan, Melakaboy
DILANCARKAN PADA 23 SEPTEMBER 2022
Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat. Sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.
‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform.
Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama.