Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selera Aneka Rasa Tema Berbuka Puasa di Kelab Rahman Putra
Alhamdulilah rejeki untuk mencuba menu berbuka puasa sempena bulan Ramadan yang bakal tiba datang lagi. Kali ini KP menyambutnya dengan tangan terbuka kerana ianya berdekatan dengan area rumah KP. Kelab Rahman Putra yang terletak di Sungai Buloh menjadi diantara list Buffet Ramadan 2017. Dengan tema Selera Aneka Rasa pastinya ianya menawarkan pelbagai menu dari Melayu, Cina, India, Timur dan Barat dan lebih 70 sajian bakal disajikan

Hidangan yang dihidangkan antaranya ialah
Salad – pelbagai salad, sayuran siap dengan dressing seperti thousand island, mayonis dan lain lain lagi

Macaroni salad

Potato Salad
kepingan ayam atau ham

kepingan ayam 
eh sushi pun ada tau .. ada juga california roll

Hidangan utama
Antara hidangan utama yang bakal menarik perhatian anda apabila berada di sini

tak pedas sangat black pepper nie. sedap di makan dengan nasi panas

peminat lala jangan lupa

gulai lemak sotong menu yang jarang di jumpai

Sayur peria goreng
kailan goreng belacan 
pasta buat anak-anak yang ingin bertukar citarasa selain nasi

Ulam-ulaman wajib ada jika dihidangkan hidangan melayu
Tempe goreng cili

ulam lagi
peminat kerabu , di Kelab Rahman Putra pun ada juga jom layan 



Setiap kali ke Buffet Ramadan , KP akan mencari menu ini iaitu lemang ataupun ketupat palas. Apabila menikmati hidangan ini seperti Raya bakal tiba..

Kali ini cicah dengan rendang kambing,asyik rendang ayam atau daging ajer

Tak nak rendang cicah dengan serunding. ada pilihan ayam, ikan mahupun daging

Kalau berbuka puasa nak makan-makanan yang ringan dulu pun boleh , meh makan pasembor

rojak buah pun ada

Kurma adalah sunah nabi. waktu berbuka makan seulas pun dah kenyang

kuih-kuih tradisional pun ada .
kuih nona manis
kuih lapis

lepat pisang dan lepat ubi

Kek-kek seperti kek coklat dan carrot kek
tiramisu dan oreo cheese cake pun ada
Semangkuk bubur lambuk yang ada di KRP patut di cuba, cukup enak dan lemak
tengok tu bahan-bahan yang ada boleh di letakkan di atas bubur lambuk anda
Buffet tanpa merasa kambing panggang macam tidak lengkap berbuka puasa di sini. Masih lagi mengekalkan menu utama iaitu kambing panggang. Menu yang dibakar atau di panggang adalah di luar dewan jadi kenalah keluar sedikit ye

Kambing panggang

Ikan bakar – pilih dari kembung, pari, cencaru

Satay ayam mahupun daging ada juga . makan panas-panas sedap wei

Grilled chicken. beef , lamb dan fish .. semuanya di bakar menggunakan daun pisang

Akhir sekali sebagai penutup Ais kacang & cendol . Layan seiii… Makan dah sudah tetapi berapa harganya .
