Mila Teristimewa – Telemovie Di TV1 Tentang Kisah Insan Lembam

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Telemovie Mila Teristimewa Di TV1 Tentang Kisah Insan Lembam| Insan lembam masih ada lagi di sekeliling kita. Cuma ramai yang bersembunyi kerana tidak tahan dengan sindiran mahupun kata cacian. Ini dikongsikan tentang insan ini dalam telemovie Mila Teristimewa.

Menampilkan gandingan pelakon Ainul Aishah, Anne Abdullah, Sura Sojangi, Dafi Ismail dan Pekin Ibrahim. Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk Mila Teristimewa pada 5 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Mila Teristimewa

Sebuah telemovie mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang lembam namun rajin membantu keluarganya.

Beliau menempuh pelbagai cabaran semenjak kecil sehingga dewasa untuk menjaga ibu dan adik selepas kematian bapa. Beliau menanggung dan menyembunyikan kesakitan yang akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia.

Hasil garapan Yati Chung dan arahan Harris Fadzillah Abd Samad ini menampilkan naskah yang mengetengahkan tema kekeluargaan dan fiksyen sosial.  Tentang kekeluargaan dan pengorbanan seorang anak dalam membantu keluarga. 

Sinopsis Mila Teristimewa

Mila seorang anak istimewa yang dikategorikan sebagai lembam merupakan anak sepasang suami isteri Zakari dan Leha. Mila tidak bersekolah akibat masalah tersebut. Namun dia tetap rajin membantu penduduk kampung melakukan pekerjaan seharian. 

Apabila dikhabarkan bahawa ibunya mengandung, Mila berasa sangat gembira. Namun, kegembiraan tersebut tidak berpanjangan seperti yang disangkakan apabila malang menimpa keluarga mereka.

Zakaria, bapa kepada mila meninggal dunia ketika menangkap ikan dilaut.

Leha telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Alif. 12 Tahun berlalu, Alif semakin membesar. Dia mula berasa tidak selesa setiap kali ketika berada bersama kakaknya, Mila yang lembam.

Mila mendengar keluhan adiknya yang letih berjalan kaki kesekolah. Lalu membelikan Alif basikal menggunakan wang simpanannya.

Meningkat dewasa, Alif akhirnya berkahwin dengan seorang wanita kaya. Namun kehidupan selepas berkahwin mereka tidak bahagia kerana mengikut telunjuk isterinya.

Tidak lama selepas itu, Mila dirisik oleh seseorang dan tarikh perkahwinan mereka telah dipersetujui. 

Tak Semuanya Indah

Namun, keindahan perkahwinan yang diidamkan olehnya tidak kesampaia. Apabila pihak pengantin lelaki telah membatalkan perkahwinan mereka.

Akibat daripada itu, Mila jatuh sakit. Batuknya menjadi semakin teruk dan bercampur dengan darah.

Hari demi hari, tahap kesihatan Mila semakin lemah. Beliau yang banyak berkorban dan membantu keluarganya menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan ibunya.

Alif berasa kesal atas sikapnya selama ini. Masihkah ada kesempatan bagi Aliff untuk memperbetulkan kesilapannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge