Nak Menang BMW? Cindai Gold Palace Tawar Cabutan Bertuah Sempena Pembukaan Pertama! Siapa yang tak teruja kalau berpeluang bawa pulang sebuah BMW? Lagi-lagi kalau peluang itu datang bersama pembelian emas!
CINDAI GOLD PALACE
Sempena pembukaan cawangan pertamanya, Cindai Gold Palace bakal mengadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, termasuk sebuah BMW G30 530 sebagai hadiah utama.

Majlis pembukaan ini akan berlangsung pada 31 Oktober 2026, dari jam 4 petang hingga 10 malam di Lot 1, Horizon Square, Dengkil, Sepang.
HADIAH YANG MENANTI?
BMW, PROTON X70 & MOTOSIKAL ANTARA HADIAH MENANTI
Bukan BMW sahaja, peserta cabutan bertuah turut berpeluang memenangi sebuah Proton X70, motosikal Honda ADV 160, Aveta Balegio dan pelbagai hadiah lain.

Memang menarik buat mereka yang sedang merancang untuk membeli emas sambil mencuba nasib!
MACAM MANA NAK SERTAI CABUTAN BERTUAH?
Caranya cukup mudah. Menurut penganjur, peserta hanya perlu:
- Membeli 10 gram emas 999.9 atau 916 melalui sistem emas digital di cindaigold.com.
- Berpeluang menerima 5 gram emas 999.9 atau 916 secara percuma.
- Mendapat satu tiket penyertaan cabutan bertuah secara automatik.
Namun, penyertaan ini terhad kepada 1,000 tiket sahaja, jadi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut lebih awal.
PEMENANG DIUMUMKAN PADA 31 OKTOBER
Semua pemenang akan diumumkan ketika majlis pembukaan Cindai Gold Palace pada 31 Oktober 2026. Pemenang diberikan tempoh seminggu dari tarikh pengumuman untuk menuntut hadiah masing-masing, tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk pertanyaan atau pengesahan penyertaan, orang ramai boleh menghubungi Amyra Rose di 011-7600 6202.

Jadi, kalau anda memang bercadang nak membeli emas, bolehlah semak promosi ini. Mana tahu ada rezeki untuk bawa pulang BMW!
Nota: Penyertaan, hadiah percuma dan cabutan bertuah adalah tertakluk kepada terma dan syarat penganjur. Pastikan semua maklumat promosi disahkan sebelum membuat pembelian.