Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MAHA 2016 ,Rugi Siapa Tak Datang Sini |MAHA 2016 kembali lagi. Kali ini siapa yang tak datang pasti rugi sebab banyak keistimewaan dan keunikan untuk MAHA tahun ini. Bagi KP inilah kali pertama KP menjejakkan kaki di sini untuk turut menjadi diantara yang pengunjung MAHA 2016. Nak inform awal-awal dulu ye sebab entri ini bakal panjang dan banyak gambar. Banyak laman dan kawasan yang di lawati dan tidak mudah untuk diceritakan semuanya didalam satu entri .
Seawal jam 8 pagi lagi KP sampai di depan pintu masuk 2 sebab kali ini KP kesini bersama rakan-rakan yang lain. Pastinya sepanjang perjalanan nanti akan penuh dengan riuh-rendah. Oleh kerana nak tahu laman apakah yang ada disini, wajib mengambil gambar peta supaya tidak hilang.
Sedikit informasi mengenai MAHA 2016
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah kembali dengan mengadakan MAHA (2016) atau lebih dikenali dengan Pameran Pertanian, Hortikulture dan Agro Pelancongan di MAEPS, Serdang. Tahun ini ianya telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Tema untuk tahun ini ialah Our Food Our Future ( makanan kita masa depan kita) dimana ini adalah platform untuk berkongsi & mempamerkan produk hasil pertanian dari negara sendiri .
Nafas Cube
Nafas Cube merupakan satu-satunya tempat penginapan yang ada di MAEPS, Serdang. NAFAS adalah idea asal dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik & projek kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Mardi. Ianya adalah bilik yang dilengkapi dengan keperluan asas seperti katil, aircond dan tandas.
Harga untuk semalaman yang ditawarkan adaah seperti Kontena VIP RM250, Kontena Eksekutif RM 180, “culvert”RM150 dan khemah RM120. Ini adalah diantara penginapan yang ada di NAFAS CUBE.
Calvert – berbentuk seperti silinder
Kontena – memang seperti kontena dan terbahagi kepada 3pakej iaitu VIP Family, VVIP & Excutive
Berlatarbelakangkan kehijauan dan alam sekitar pastinya nyaman apabila menginap disini
Untuk yang ingin menginap bersama keluarga bolehlah memilih VIP Family dimana ada katil untuk kanak-kanak juga
Walhal untuk parents pastinya ada , cuba tengok pemandangan diluar
BIlik air untuk kemudahan pengunjung yang memilih peginapan Kontena kerana culvert dan khemah toilet berkongsi diluar
Pemandangan penginapan kontena dari sisi
Insyallah, penginapan di NAFAS CUBE bakal menjadi antara tarikan dan pilihan pelancong untuk berada disini
My DOF Valley – Laman Perikanan
Untuk mereka yang meminati perikanan ini adalah laman yang wajib dilawati kerana pelbagai spesis ikan ada disini untuk di fahami atau di pelajari
Kebetulan sewaktu KP sampai di My DOF, Dato’ Sharizat & Dato’ Sabrey Cheek baru sahaja selesai membuat pelancaran jadi sempatlah KP merakamkan sekeping gambar bersama Dato’
Di sini pelbagai jenis ikan dari kecil ke besar dan juga jika berminat anda boleh sahaja membeli untuk dibawa pulang. antara produk yang ada di sini
Sesuatu yang baru yang ingin dikongsikan bersama anda semua
Pihak UGC telah mereka inkubuter hidupan. Inkubuter ini hidup didalam akuarium tetapi seiras dengan kehidupan hutan(contohnya) diluar sana. Bagaimana ianya berfungsi adalah menggunakan kawalan telefon bimbit sahaja seperti inginkan hujan, matahari, kilat dan lain-lain lagi. Inkubuter seperti dibawah hanya mengambil masa selama 30 minit untuk dibina. PS: dengar cerita kalau anda ada baja buah-buahan atau sayur-sayuran mungkin anda boleh menanamnya didalam ini dimana semuanya berada di hujung jari anda
Tuna in the House
Sate Tuna di bakar dan diberi peluang untuk KP mencubanya. sate tuna adalah sesuatu yang baru tetapi thumbs up kerana sedap dan wajib dimakan sewaktu panas. Perapan sate keatas isi tuna terasa apabila dimakan. Makan sekali pasti nak lagi punya
khas didatangi dari Labuan special untuk MAHA 2016, Owner Sate Tuna bersama Bro Framstone
Sempat bergambar sekeping di sini
Ada juga kempen ” Kami Sokong Tak Nak Sirip Ikan YU” . Berkongsi informasi tentang kempen ini di MAHA 2016,untuk memberi kesedaran dan kepentingan kenapa “Tak Nak Sirip Ikan YU”
Spesis anak ikan yu comel ada juga buat mereka yang ingin mengenali tentang ikan yu
Tentang spesis ikan Yu , tengok mulut yang luas dan gigi yang tajam
Kehidupan ikan yu didalam dasar air Kami nasib baik tak dimakan oleh sirip ikan yu
Rumah Terbalik pun ada disini . Antara syot yang sempat di ambil
Nak pandang atas ke bawah
Cubaan pandang atas pula
Inilah kami di tepian jeti bot elektrik
Laman Padi Bernas
“Mari Mengenal Padi bersama Upin & Ipin” adalah satu pengenalan yang lebih dekat untuk kanak-kanak
Di Laman Padi in ada beberapa agensi terlibat untuk menjayakannya diantaranya BERNAS
Disini Jabatan Pertanian Malaysia berkongsi tentang Visi & Misi mereka untuk tatapan orang ramai
Lihat sahaja keluasn dan pengeluaran padi di seluruh lokasi di Malaysia. Kalau dilihat dari petang padi merupakan antara sumbangan terbesar ekonomi di dalam negara dimana beberapa tempat mempunyai keluasan sawah padi yang luas
Inisiatif Kerajaan dalam industri padi & beras dari awal 90an hingga kini di kongsi bersama pengunjung yang hadir
Yang menarik, bagi mereka yang tidak pernah lihat sawah padi ,pakat ramai-ramai mai sini
Antara beras-beras yang ada dihasilkan
Adik-adik yang datang boleh melihat sendiri alat yang digunakan untuk menghasilkan beras secara tradisional dipamerkan disini. Antaranya
Barangan yang di gunakan sewaktu penanaman padi
Penanaman padi secara tradisional
Perosak atau serangga utama padi
Mesin yang digunakan sewaktu menghasilkan beras
Antara beras yang dihasilkan seperti dedak dan lain -lain
Mesin DIY Pemprosesan
Mesin DIY Pemprosesan Beras
Ada juga di adakan permainan bola sepak lumpur. Memang best tapi tak boleh join sebab banyak lagi lokasi nak pergi
Laman Nenas
Lokasi seterusnya adalah laman nanas. Di sini semua yang berkaitan tentang nanas dikongsi bersama para pengunjung agar lebih memahami dan mengenali tentang nanas
Pusat Informasi Nanas – semua maklumat dari sejarah nanas dan misi juga visi ada disini. Tahukah anda dari nenas bukan sahaja menghasilkan jus atau untuk dimakan tetapi boleh juga menghasilkan cenderahati? Tak percaya jom baca
Cantikkan pemandangan pintu masuk laman nanas berwarna -warni
Sebelum memulakan perjalanan melawati pusat informasi nenas, pengunjung dihidangkan jus nanas
Juga dapat merasa buah nanas yang segar dari ladang
Informasi tentang nanas
Christopher Columbus adalah orang yang telah memperkenalkan tanaman nenas di serata dunia. Dikatakan Christopher Columbus telah menemui buah nenas di perairan Caribbean pada tahun November 1493 semasa perlayaran keduanya di perairan itu. Dan semenjak itu nenas telah disebarkan ke serata dunia dan pada abad-16 nenas telah diperkenalkan kepada Tanah Melayu oleh orang-orang Bugis
Mesin Pemprosesan Nanas
Ini adalah hasil cenderahati dari nanas selain dari buah atau jus. Ini adalah tenunan atau benang
Lihat hasilnya
Pemprosesan membuat kertas dari hampas nanas
Antara hasilnya ; hasil kanvas dari kulit/hampas nenas
Lupa nak kongsi antara produk yang boleh dihasilkan dari nanas
Dan lagi
Bergambar bersama Abang Man, salah seorang dari usahawan nanas. Terima kasih kerana memberi kami rasa jus nanas yang segar lagi sedap. Moga sukses dalam perniagaan ye
Copp… nak pergi mana tu dengan basikal .. apa lagi ke lokasi yang lainlah .. nampak tak muka cuak sebab nyaris kena tinggal
Laman Armada Jentera
Kali ini perjalanan mengunjungi di sambung lagi, ke Laman Armada Jentera pula ya
Pelbagai jentera di pamerkan di sini dari pelbagai syarikat
Ada yang besar ada yang kecik
Yang ini special katanya sebab digelar sebagai Clayson 1920 Transformers
Jentera pembajakan , penanaman secara tradisional pun ada dipamerkan disini
KP juga sempat singgaj di booth usahawan dimana jika anda mempunyai 5 soalan ini , ada jawapannya
Inilah jawapannya, menanam cili #jomsertaikami
Cili cili yang dihasilkan memang panjang (lebih panjang dari tapak tangan). Untuk menghasilkan sebegini perlulah dibaja dengan teknik yang betul baru menjadi.
Penat berjalan berhenti rehat sat, nak makan nak minum. Kali ini KP dapat merasa Aiskrim Premium berperisa nangka. Memang manis dan rasa nangka masih boleh terasa walau dibuat aiskrim
Selain itu dari buah nangka ada juga produk lain yang dapat dihasilkan oleh usahawan kita iaitu jem nangka dan marmalade nangka. Nampakkan masing-masing mempunyai kreativiti untuk memastikan semua produk tanaman kita dapat menghasilkan produk yang terbaik yang bakal memuaskan hati para pengunjung atau pembeli
Air Jagung dari Kelebang , Rugi kalau tak cuba
Pekat dan manis secukup rasa. Memang pure dari jagung
Yang ini memang pertama kali KP cuba keropok lekor dari ikan patin, masa makan tak rasa pun ikan patin bila ditanya menggunakan ikan apa baru tahu ikan patin. Tapikan memang sedap tak rasa pun ikan patin rasa cam keropok lekor biasa
Sate Ayam Goreng. – Menjadi antara favourite makanan KP sewaktu berkunjung di sini. Sedap , bersih dan segar . Bukan itu sahaja senang untuk di masak dimana goreng sahaja tetapi rasa perapan sate masih terasa. Wajib cari di mana-mana lokasi yang menjual sedangkan KP sendiri pun borong 2-3 paket
Sewaktu berjalan keluar , KP terserempak dengan pakcik ini yang menjadi pengunjung ke 2,500,000 di MAHA 2016. Tahniah pakcik dan alhamdulilah banyak barangan diberikan oleh pihak MAHA untuk pakcik atas kemenangannya
Laman Ternakan
Cantikkan photobooth yang ada untuk di ambil sebagai kenang-kenangan
Untuk anak-anak pun ada juga
Jom masuk dengar kata ada lembu sado. Sado tang mana tu ..!!
Inilah lembu sado yang dikatakan mendapat tarikan dari para pengunjung yang datang. Memang sado dan kuat dan segalanya sado dari badan, tulang dan lain-lain
Sedikit informasi tentang lembu hibrid Sado dikongsi untuk lebih difahami
Tahu orang ramai nak photoshoot so baik punya posing di bagi. jadi nak selfie ke wefie ke atau pun ia sahaja pun cantik
Comelnya .. nak bawa balik boleh
gerai di laman ternakan yang menjual hasil-hasil dari tenusu
Menjadi favourite susu kurma susu coklat segar dan yogurt. Tawaran yang diberikan menarik juga
Kambing pun ada tau, nak bagi makan boleh saja dan lepas itu diberi rasa susu kambing asli yang segar.
Last sekali di laman ternakan , jangan lupa cuba dadih tau
Laman Sayur
Kalau tadi dah ronda-ronda di laman ternakan tengok pelbagai haiwan apa kata beralih ke sayur-sayuran
pastinya anda akan terpegun apabila memasuki arena ini terutama di Green Tunnel . Kenapa kerana pelbagai tanaman yang besar-besar diantaranya
labu air
Peria
Labu air, kundur, petola
Laman sayur yang ada di sini untuk para pengunjung yang gemar pada sayur-sayuran.
Antaranya..
Tengok tu macam =macam ada kan
Tomato
Laman Balkoni pun ada ..manalah tahu ada yang ingin bercucuk tanam tetapi tak tahu cam mana apa kata guna cara ini jimat tempat tapi hasil tetap ada
Menjadi tarikan KP ; pokok UFO
hiasan jagung
Kobis besar …
Dan juga pokok Upin Ipin
Singgah sebentar di Ladang MIni Kelulut yang kebetulan bersebelahan dengan Laman Sayur
Sedikit informasi tentang kelulut
Habitat kelulut
Nampak tak kelulut tu
Inilah dia… KP berpeluang untuk merasa madu kelulut dimana perlu menyedut dari sarangnya . Jadi hasilnya adalah asli dan ada sedikit masam di penghujung rasa
Rythm Of Farmers
Rythm of farmers adalah sponsor dari NAZA
Katanya haiwan seperti kambing dan kuda bakal dilepaskan di kawasan ini dimana sewaktu konsert bakal berlangsung nanti. Suatu konsep yang berlainan buat kali ini Disini juga adalah lokasi menarik untuk membuat photoshoot bagi anda . Siap dengan props dan lokasi nya memang cantik lagi-lagi di waktu malam apabila lampu dipasangkan
Untuk malam pula konsert yang di adakan di sini diserikan oleh artist artist yang popular seprti Khalifa Band, Projektor Band , Ramli Sarip dan lain lain lagi . Luas dan besar lengkap dengan parking mungkin ini adalah lokasi potensi untuk di adakan konsert besar di masa hadapan
Terima kasih pada Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek kerana meluangkan masa dengan KP dan rakan-rakan berkongsi informasi tentang MAHA 2016
Kampung Durian Runtuh (Upin Ipin)
Kampung Durian Runtuh menjadi antara tarikan di MAHA 2016. Yang teruja nanti adakah kanak-kanak ataupun ibu bapa?? Jom kita masuk dan lihat apa yang ada
Belajar ambil tahu tentang tanah dan tanaman
Ada cerita tentang tanaman
Sneak peek
Tanam pokok Semuanya buat sendiri
Jangan lupa dah ada tanah kena letak baja ye
Antara segmen yang ada
Eh ada ayam lah
Posing kejap ye depan rumah Opah
Ada juga 3D ekslusif di sini untuk bergambar
Kami mak-mak sempat bergambar ada cerita menarik berlaku di sini nanti kita share nexr entri
Persembahan upin ipin pun ada tau
Bergambar bersama untuk kenangan
IAtDOME
Industri Asas Tani atau dikenali District of Malaysian Entrepreneurs dengan nama singkatannya di MAHA 2016, I AT DOME. Di ini pelbagai produk dipamerkan dan ditawarkan dari seluruh Malaysia anggaran lebih 3,000 pengusaha tempatan. Bagi produk pula lebih dari 15,000 produk ada disini dibawah satu bumbung di antara yang sempat KP kunjung ialah Agro Lifestyle dimana
Ada mewarna dan melukis batik buat anak-anak sambil mak ayah sedang mengunjungi booth yang ada disini
Cantikkan payung- payung yang ada
Waste to Wealth – booth untuk produk – produk dari agro
produk dari jerami
Menonton filem menggunakan VR buat anak-anak
IATBIZ menawarkan produk agro yang ada
Agro Youth
Pelbagai produk dipamerkan dan ditawarkan. Setiap produk yang anda minati tanya sahaja para usahawan yang ada di sini pasti dengan penuh senyuman mereka akan membantu anda. Antaranya
Aiskrim Rock Melon – buah yang segar manis, dilettakkan ais krim siap dengan kacang dan sos coklat kemudian isi rock melon di bulat-bulatkan jadi bila dimakan bersama aiskrim terasa keenakan buah melon ini
R Eh jagung manis pun ada lah …
Lemak berkrim disukai ramai , manis dan terbaik
Peminat kopi ini mungkin menjadi piihan anda
Supplement pun ada juga
Popcorn aau bertih jagung pun ada
Jangan ingatkan produk makanan sahaja, haiwan peliharaan pun ada . Yang sempat KP rakamkan sewaktu berada di sini
Nyenyaknya wahai kucing ini tidur . tak kisah dengan riuh rendah
Hi si comel, tak larat nak buka mata mungkin keletihan barangkali
Sebenarnya banyak booth yang KP lawati kalau nak letak semua mahu panjang nanti, ini di antara yang sempat KP kongsikan . Terakhir sekali MYSECAFE . Fresh seafood buat anda yang menggemarinya.
lihat segar ke tak seafood mereka
Shell out mereka terbaik .. Thumbs Up tau .. sebab semuanya segar dan sedap. dari ketam, kerang, pahat, udang, sotong semuanya enak-enak belaka . tak rugi singgah disini . Terima kasih MySeCafe
Eh belum habis lagi tau ada lokasi terakhir yang KP nak kongsikan jika berada di MAHA2016. Bila pusing-pusing di dalam pastinya perut berkeroncong memainkan lagu rock, ballad mahupun dangdut. Di MAHA2016 ada tempat khas untuk ini yang digelar Empayar Makanan.
Apa yang ada jom layan… (jangan kecam saya ya).. Biar gambar berbicara
Gulai Lemak Cili Api – ada daging salai, telur itik
Cendol Songkok Tinggi – hmmm .. yang tinggi cendol ke songkok kena cuba baru tahu
Semua menu berkisarkan mangga
Kacang pool
Mee Kolok
Megi Ketam pun ada kat sini , tak habis makan seorang ..
Satay tulang – femes di negeri sembilan . Ada satay tulang ayam ada satay tulang daging . Pilih yang mana satu harga cuma RM 1.50 sebatang ajer
Udang sanggol yang ini terbaik – cam udang tu di balut
Kacang pool – tambah cili api lagi kick
Otak-otak Durian Musang King
Puding Raja
Ya allah, meja KP dan rakan rakan memang penuh dengan gelak tawa, almaklumlah ada retis di table memang macam gini . sekali sekala berjumpa riuh sekampung cam ada lebih dari 10 orang sedangkan kami berenam ajer hahaha…
Sebelum pulang sempat singgah lagi di
Kampung Mok Cun
kat kampung Mok Cun ini , macam-macam ada . Mok Cun pun ada juga kalau nasib anda baik. bolehlah bergambar dengannya
Nak makan ada, nak beli barang ada
Nak reha kat pangkin pun ada seiiring nak jalan nak pulang sempat lalu di Melon Manis Terengganu . Buah ini seakan seperti tembikai susu tapi melon
Tengok buahnya besar-besarkan ..
Ini kali memang betul sebelum nak balik naik tram kita minum dulu.. minum air kelapa segar dari ladang
Air kelapa ni tak campur dengan air . memang air kelapa fresh dan kaau nak manis tambah air gula. Ais semua takde ya.
Kali ini memang betul habis. Pengalaman di MAHA016 bersama rakan-rakan kali ini memang satu pengalaman yang tidak dapat diceritakan dengan hanya menulis mahupun gambar. Disyorkan untuk pergi sendiri mengalami keseronokannya. Pastikan siap dari segi mental, fizikal dan yang penting poket sebab boleh dikatakan disetiap laman yang anda lawati pastinya anda akan membeli kerana tidak semua produk yang dijual disini ada dijual di supermarket mahupun hypermarket.
(muka sebelum mula ronda)
Entri ini adalah entri yang paling panjang penuh dengan gambar tetapi memang KP puas hati. Bukan setakat ronda-ronda tetapi penuh dengan pelajaran , memahami tentang perikanan, perindustrian, pertanianan mahupun tentang pemprosesan seperti padi & nanas. MAHA2016 adalah suatu agenda yang sukses dan harap diteruskan di tahun yang akan datang dengan penambahan laman lagi.