Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tesco Meningkatkan Penawaran Atas Talian Membantu Rakyat Malaysia| Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah meningkatkan penawaran di kedai rasminya di Shopee sebanyak 200 item. Menjadikan bilangan keseluruhan produknya berjumlah lebih daripada 3,000 barangan.

Ini merupakan sebuah inisiatif ekoran usaha Kerajaan dalam menggalakkan orang ramai untuk kekal di rumah, di mana kebanyakan rakyat Malaysia sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Tesco

“Tiada siapa yang berusaha lebih keras untuk para pelanggan daripada kami di Tesco. Kami telah melihat permintaan untuk barangan runcit dan keperluan rumah yang lain meningkat sejak bermulanya pandemik ini. Keadaan yang semakin berlanjutan, ini adalah ‘kebiasaan baharu’ pada masa sekarang,”

“Dengan meningkatkan penawaran di kedai kami di Shopee, pelanggan kami kini dapat membeli barangan keperluan harian dan banyak lagi. Secara tak langsung ia selamat dari rumah dengan yakin dan mudah dalam waktu yang tidak menentu ini,”

“Kami juga berbesar hati bekerjasama dengan Shopee kerana ini bukan sahaja memberi lebih banyak kemudahan kepada pelanggan kami.

Ia membolehkan kami untuk menawarkan yang terbaik dari Tesco kepada para pelanggan di Sabah dan Sarawak. Di mana kami belum mempunyai kehadiran secara fizikal,”

-kata Pengarah Produk Tesco, Kenneth Chuah.

Item Tesco Di Shopee

200 item paling popular yang ditambah di kedai rasmi Tesco di Shopee ditentukan melalui data pengguna dan trend pembelian daripada rangkaian 62 cawangan fizikalnya di seluruh negara.

Barangan ini merangkumi makanan dan minuman; mainan dan lampin bayi; produk penjagaan dan kesihatan diri; peralatan storan rumah; perabot kecil dan banyak lagi.

Terutama sekali, ia juga telah mempertingkatkan penawaran elektroniknya dengan membawa masuk beberapa jenis model Microsoft Surface Go 2 dan Microsoft Surface Pro 7. Bukan itu saja dengan harga selepas diskaun masing-masing bermula daripada sekitar RM2,899 dan RM4,149.

Telefon pintar merupakan keperluan penting bagi orang ramai, ia juga menambah penawaran di kedai rasminya di Shopee dengan pelbagai jenis gajet Samsung.

Antaranya Samsung Galaxy A31, Samsung Galaxy S10 Lite, Samsung Galaxy S20+, Samsung Galaxy Fold dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.

Selain daripada kepelbagaian barangan yang ditawarkan, Tesco juga akan menawarkan diskaun hingga 50 peratus di kedainya di Shopee semasa 12.12 Jualan Ulang Tahun. Ia cuma di platform e-dagang tersebut yang sedang berlangsung hingga 12 Disember 2020.

Rakyat Malaysia akan dapat menikmati penjimatan yang lebih besar bagi Barangan Berjenama Tesco yang berpatutan dan digemari ramai. Ia juga merangkumi rangkaian barangan keperluan bayi terlaris, Fred & Flo. Selain itu barangan keperluan lain sambil menikmati penghantaran percuma di seluruh kedai.

Untuk pembayaran yang lebih lancar sepanjang kempen, para pengguna boleh menambah nilai akaun ShopeePay mereka agar tidak terlepas tawaran atau produk terhad yang cepat terjual. Layari 

Website



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge