Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MAGGI® Berkongsi Bubur Lambuk Dengan Rakyat Malaysia
MAGGI® hari ini mengumumkan permulaan agihan Bubur Lambuk MAGGI® tahunannya kepada rakyat Malaysia. Bubur nasi yang disediakan secara tradisional ini lazat lagi berkhasiat dan merupakan makanan istimewa untuk berbuka puasa. Bubur Lambuk MAGGI® menggunakan resipi tradisional istimewa dan tersendiri yang mendapat kelazatannya daripada bahan-bahan segar, rempah ratus, dan juga perasa semua-dalam-satu MAGGI® Cukup Rasa™.
MAGGI® menyediakan 10 periuk besar Bubur Lambuk MAGGI® yang dimuatkan ke dalam 5,000 bekas dan kemudian diagihkan kepada orang ramai yang mengunjungi Menara Surian di Mutiara Damansara antara 3.30 ptg dan 5.00 ptg.
“Ramadan adalah masa untuk menginsafi diri dan bersatu hati untuk menyokong satu sama lain. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan berbilang budaya, kita harus mengukuhkan silaturrahim antara satu sama lain dan masyarakat kita, dan sentiasa bersikap prihatin terhadap mereka yang memerlukan,”
“Sebagaimana yang kami lakukan setiap tahun, kami di MAGGI® dan Nestlé tidak sabar untuk berkongsi berkat makanan masakan rumah yang lazat, iaitu Bubur Lambuk MAGGI® kami, dengan sesama rakyat Malaysia,”
kata Rosalyn Simba, Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.
MAGGI® juga menghulurkan bantuan kepada pertubuhan amal Malaysia dengan menderma RM25,000 kepada lima rumah kebajikan di satu majlis penyampaian yang diadakan di Menara Surian. Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menyampaikan replika cek kepada wakil-wakil dari Pusat Pengajian Semarak Kasih Al-Hashimi di Kodiang, Kedah; Rumah Perlindungan Nur Qaseh di Taman Melawati, Kuala Lumpur; Pusat Jagaan Amal Asyura di Sungai Buloh, Selangor; Pusat Jagaan Budaya Harapan di Rawang, Selangor, dan Pusat Jagaan Raudhah Maanajah di Selayang Baru, Selangor.
Turut hadir Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif – Jualan, dan Lester Kahn, Ketua Perhubungan Pembeli dan Pengguna dari Nestlé (Malaysia) Berhad; Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, and Kwok Hoon Meng, Pengurus Hartanah Menara Surian, Boustead Markerting Sdn Bhd.
MAGGI® akan meneruskan kempennya untuk membawakan sajian lazat dan berkhasiat kepada rakyat Malaysia dan akan berkongsi lebih banyak Bubur Lambuk MAGGI® yang lazat pada bulan Ramadan tahun ini di:
- Pasaraya Giant Gong Badak di Kuala Terengganu, Terengganu pada 10 Jun
- Pantai Timur Mart Lubuk Jong di Pasir Mas, Kelantan pada 17 Jun
Untuk maklumat lanjut tentang pengagihan Bubur Lambuk MAGGI® , layari
Website Maggi : http://www.maggi.com.my
Facebook Maggi : http://www.facebook.com/MaggiMalaysia
Talian Telefon Percuma Perkhidmatan Pengguna Nestlé di 1-800-88-3433.
kena try buat bubur lambuk MAGGI nie lah….nampak macam senang je bahan-bahan dia…
Naz recently posted…MAGGI Umum Agihan Bubur Lambuk MAGGI Tahunan