Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
eCurve Rai Hari Raya Bersama Anak-Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN) |eCurve selaku tuan rumah telah meraikan kedatangan bulan yang mulia ini bersama sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN).Setibanya di pusat beli-belah berkenaan, kesemua 24 tetamu muda yang ditemani oleh empat orang penjaga mereka itu disambut mesra oleh barisan pengurusan eCurve. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kesemua kanak-kanak apabila diberitahu tentang pelbagai aktiviti yang dirancang khas untuk mereka.
Aktiviti mereka yang pertama adalah Ampang Superbowl didalam eCurve sendiri . Semestinya bowling menjadi permainan untuk hari ini. Masing-masing tak sabar nak beradu dengan rakan pasukan yang lain. Terdengar riuh rendah, gurau ketawa dan kata kata semangat setiap kali bola tidak mengen pim. Keupayaan dan keakraban mereka kelihata kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk meraihkan kemenangan untuk pasukan masing-masing
Selepas tamatnya permainan, kanak-kanak berkenaan kemudiannya dibawa ke Centre Atrium eCurve yang dihiasi indah dengan mempamerkan konsep bazar perayaan. Kilauan lampu daripada candelier yang direka khas menyinari segenap ruang dan menghidupkan suasana bazar tersebut dan ini menjadi tarikan untuk mereka bergambar di sini . Persembahan dari kumpulan acapella, Colour of Voices, mencuri perhatian penonton menerusi vokal yang harmoni dan sempat mendendangkan lagu raya dan pop kontemporari . Yang menariknya di sampaikan tanpa sebarang peralatan muzik. Memberi sumbangan duit raya dan hadiah untuk di bawa balik untuk para tetamu yang di jemput agar dapat membahagiakan sedikit sebanyak untuk raya tahun ini
Para tetamu di bawa ke Fish Manhattan eCurve untuk berbuka puasa. Terima kasih pada mereka yang menjayakan program di petang ini
Colour of Voices
Dari 26 Mei sehingga 27 Jun 2017, para pengunjung berpeluang merasai keseronokan sambutan Hari Raya menerusi penganjuran kempen Hari Raya eCurve yang bertemakan Raya Acapella Special with Colour of Voices. Persembahan Colour of Voices, dapat disaksikan pada pukul 3.30 dan 6 petang pada setiap hujung minggu dan cuti umum, sepanjang tempoh kempen berkenaan. Selain itu, juga terdapat persembahan tarian yang menggabungkan gerak tari Melayu dan Timur Tengah, yang berlangsung pada setiap hujung minggu jam 4 petang.
Pengurus Kompleks eCurve, Azizul Hisham Ahmad berkata,
“Hari Raya merupakan sambutan perayaan terbesar di Malaysia. Semasa kaum keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk meraikan hari yang istimewa ini sambil menikmati pelbagai hidangan yang enak, diikuti dengan dendangan muzik, terdapat juga segelintir golongan yang kurang bernasib baik yang tidak mampu merasai kenikmatan ini. Oleh demikian, kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan kegembiraan musim perayaan ini bersama kumpulan belia dari PEYAKIN pada hari ini. Kami berasa seronok menerima lawatan mereka dan berharap agar usaha ini dapat memberikan makna yang mendalam sempena sambutan Hari Raya bagi tetamu khas kami.”
Promosi Sempena Raya
Pembelian RM200 dan keatas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai di eCurve, pembeli layak menebus paket sampul Raya eksklusif dan kusyen Raya berunsur seni pop sepanjang kempen ini berlangsung, sumbangan khas daripada pihak pengurusan eCurve. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut layari
Website eCurve : www.ecurve.my
Facebook eCurve: www.facebook.com/eCurveMall