Skip to content

Recent Posts

  • RASYID IKATAN TERLARANG JADI HERO PENONTON | ALIF HADI KONGSI PLOT TWIST
  • AMWAY MALAYSIA CELEBRATES 50 YEARS OF EMPOWERING HEALTH, WELLNES & ENTREPRENEURSHIP!
  • OMODA | JAECOO MALAYSIA, TEMPAHAN JAECOO J5 EV KINI RASMI DIBUKA!
  • WORLD’S FIRST CERTIFIED STINGLESS BEE HONEY LAUNCH!
  • HIJJAZ KEMBALI MENGUBAT RINDU PEMINAT, TERBAIK!

Most Used Categories

  • EVENT (1,070)
  • MUSIC (620)
  • FOOD (504)
  • PRODUCT (458)
  • MOVIE/TEATER (343)
  • GADJET (329)
  • TERKINI (434)
  • ENTERTAINMENT (338)
  • BUSINESS (176)
  • TRAVEL (126)
Skip to content

LIFESTYLE | EVENT| TRAVEL | FOOD | ENTERTAIMENT | REVIEW

Subscribe
  • TERKINI
    • NEWS
    • EVENT
  • BUSINESS
    • PROSPEKTUS
  • AUTOMOBILE
    • MOTOKAR
    • MOTORBIKE
  • ENTERTAINMENT
    • KONSERT
    • MUSIC
    • DRAMA TV
    • MOVIE/TEATER
    • PROGRAM TV
    • TELEFILEM
  • GADJET
    • SAMSUNG
    • HUAWEI
  • LIFESTYLE
    • FOOD
    • FESYEN
    • BEAUTY
    • PRODUCT
    • TIPS
    • MASAK MASAK
    • TRAVEL
  • SUKAN
  • Home
  • EVENT
  • “Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy & TV3
“Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy & TV3

“Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy & TV3

Nannie IsaJune 12, 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Sucikan Diri Dan Hati, Ramadan Ini” Bersama Lifebuoy & TV3

Lifebuoy,  telah melancarkan kempen “Sucikan Diri dan Hati, Ramadan ini” berkolaborasi bersama TV3.  Lifebuoy, jenama sabun mandian terkemuka keluaran Unilever Malaysia amat menekankan aspek kepetingan menjaga kebersihan di kalanga semua terutama di bulan Ramadan ini.  Kempen ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ terdiri daripada beberapa aktiviti bagi memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kebersihan. Kempen selama sebulan ini turut melibatkan perkongsian strategik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, rangkaian media bersepadu yang terbesar di Malaysia, bagi memaksimumkan usaha Lifebuoy

Lifebuoy “Sucikan Hati dan Diri, Ramadan ini”

Untuk tahun ini, Lifebuoy bersama dengan Media Prima, mempersembahkan iklan merentasi platform yang menampilkan pelakon Farid Kamil bersama anaknya Mutammad Farid. Iklan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia tentang amalan penjagaan kebersihan diri. Ini merupakan usaha kesedaran pihak Lifebuoy mengenai mesej kebersihan dalam format yang menarik.

Sucikan Diri dan Hati, Ramadan ini

“Sebagai jenama No.1 di Malaysia bagi cecair sabun mandian yang memberi perlindungan daripada kuman, Lifebuoy mahu membawa perubahan dengan meneruskan komitmen kami untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia. Kempen ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ bukan sekadar memperkenalkan produk yang berkesan, malah turut membawa misi kami dengan lebih jauh ke seluruh negara menerusi mesej kebersihan dalam format yang menarik. Di samping itu, kami juga akan berinteraksi dengan orang ramai supaya dapat menerapkan amalan penjagaan kebersihan diri.”

“Kebersihan diri merupakan asas kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman. Mandian sempurna adalah rutin kebersihan yang penting agar badan kekal berasa selesa,”

kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia

Selain daripada iklan televisyen, Lifebuoy juga akan mengunjungi bandar-bandar terpilih di seluruh Malaysia bagi mengukuhkan lagi usaha pendidikan amalan kebersihan. Bagi memanfaatkan sepenuhnya kempen tahunan sempena bulan Ramadan dan hari Raya anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy turut menggabungkan inisiatifnya dalam acara ‘Skuad Terima Kasih’, ‘Bazar Terima Kasih’ dan ‘Jom Masjid’ yang akan diadakan di Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk demonstrasi membasuh tangan dan pengagihan lebih 3,000 pek penjagaan Lifebuoy.

Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima berkata,

“Kerjasama dengan Lifebuoy bermula daripada hubungan yang sudah lama terjalin dengan Unilever Malaysia serta beberapa jenamanya yang terkenal. Peranan besar yang dimainkan dalam inisiatif ini turut membuktikan keupayaan rangkaian ini untuk menyokong Lifebuoy dengan menyampaikan kandungan yang bermakna serta platform yang tersedia untuk mendekati jutaan rakyat Malaysia.”

Produk Lifebuoy

Rangkaian produk Lifebuoy mengandungi rumusan perlindungan kuman yang mampu membasmi 99.9% kuman. Mandian buih berkrim yang dihasilkan oleh produk Lifebuoy menjadikan kulit terasa lebih bersih dan segar serta berbau wangi. Disediakan dalam bentuk cecair sabun mandian badan, sabun tangan, sanitiser dan sabun buku, Lifebuoy merupakan keperluan harian yang penting bagi setiap isi rumah untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tahap kebersihan mereka sepanjang bulan Ramadan.

Promosi Lifebuoy

Lifebuoy juga turut menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Watsons untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan dan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan ini. Bagi setiap pembelian sebanyak RM15 di mana-mana cawangan Watsons, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu, sebuah tabung amal yang dimulakan oleh TV3 dan masih berjalan sehingga kini. Para pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah daripada Habib Jewels melalui peraduan Lifebuoy yang diadakan di seluruh negara.

Layari maklumat terkini di

Website Lifebuoy : http://www.lifebuoy.com/

Facebook Lifebuoy : https://www.facebook.com/LifebuoyMalaysia/

 

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Share 0
‘Sucikan Diri dan Hati, kebersihan, Lifebuoy, mandian, Media Prima, Ramadan Ini’, Rangkaian Televisyen Media Prima, Skuad Terima Kasih, TV3, Unilever, Unilever Malaysia

Post navigation

Previous: CahayaTaj Bakal Menyerikan Aidilfitri 2017 Anda Dengan Koleksi …..
Next: Drama Raya Kuih War di Suria Tv & Youtube Mulai 13.6.2017

Related Posts

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Ticket2U For You Nourul.

FOR YOU NOURUL DI ZEPP KL JANJI KEJUTAN, LAGU IKONIK BERI NAFAS BARU

May 13, 2026May 13, 2026 Nannie Isa

INTERNATIONAL HEALTHCARE WEEK 2025, APA YANG BEST!

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa
PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS

PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK SPM 2024

June 2, 2025September 5, 2025 Nannie Isa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CONTACT ME

For any collaboration or invitations can contact at kitepunye2018@gmail.com

YOUTUBE KITEPUNYE

Subscribe

ⒸNannie Isa | KITEPUNYE DOT COM [003016049-T] |

Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.
Manage Consent
To provide the best experiences, we use technologies like cookies to store and/or access device information. Consenting to these technologies will allow us to process data such as browsing behavior or unique IDs on this site. Not consenting or withdrawing consent, may adversely affect certain features and functions.
Functional Always active
The technical storage or access is strictly necessary for the legitimate purpose of enabling the use of a specific service explicitly requested by the subscriber or user, or for the sole purpose of carrying out the transmission of a communication over an electronic communications network.
Preferences
The technical storage or access is necessary for the legitimate purpose of storing preferences that are not requested by the subscriber or user.
Statistics
The technical storage or access that is used exclusively for statistical purposes. The technical storage or access that is used exclusively for anonymous statistical purposes. Without a subpoena, voluntary compliance on the part of your Internet Service Provider, or additional records from a third party, information stored or retrieved for this purpose alone cannot usually be used to identify you.
Marketing
The technical storage or access is required to create user profiles to send advertising, or to track the user on a website or across several websites for similar marketing purposes.
  • Manage options
  • Manage services
  • Manage {vendor_count} vendors
  • Read more about these purposes
View preferences
  • {title}
  • {title}
  • {title}