LITTLE HAJJ 2022 – SIMULASI HAJI CILIK, AMAZING!

LITTLE HAJJ 2022 – SIMULASI HAJI CILIK, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tinggal berapa minggu lagi kite umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Ada tak diantara anda atau ahli keluarga yang bakal mengerjakan haji tahun ini?

LITTLE HAJJ 2022

Nama Little Hajj semestinya ia merujuk pada mereka yang ‘cilik’, comel atau ‘kecil’. Berkesempatan untuk turut serta tahun ini, terasa sebak dan sayu. Melihat adik-adik kecil dapat turut serta dalam Simulasi Haji Cilik

SIMULASI HAJI CILIK LITTLE HAJJ 2022

Alhamdulilah, telah berlangsung dengan ‘mega’ Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022di MAEPS Serdang anjuran Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB). Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak tahun 2016.

Tahun ini, Little Caliphs® sekali lagi berpeluang untuk mengadakan kembali acara Little Hajj secara fizikal dalam kumpulan yang besar selepas dua tahun dilanda pandemik Covid-19.

OBJEKTIF

Objektif utama adalah untuk memberikan pengalaman secara praktikal ‘Naik Haji’ buat anak-anak berumur 6 tahun. Seiring dengan pendekatan metadologi Project Based Learning (PBL) secara hands-on The Little Caliphs®Program. 

Untung anak-anak zaman sekarang dimana diberi peluang untuk turut serta dalam program sebegini. Dapat pelajari dan selami langkah demi langkah dari segala aspek.

Baca: Duit Tabung Haji

LITTLE CALIPHS®

Bukan baru Little Caliphs® dimana kini mempunyai 35 ribu anak anak tadika serta keluarga menerusi 480 buah tadika di seluruh negara.

Tahun ini, penyertaan anak-anak Little Caliphs® adalah dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah seramai 7,150 orang. Manakala 780 orang guru-guru bertindak sebagai tenaga Mutawwif. 

Penganjuran turut dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Zon Utara, Tengah dan Zon Selatan. Jumlah keseluruhan dijangkau seramai 15,000 orang kanak- kanak di seluruh negara.

ANUGERAH

Little Caliphs® pernah di anugerahkan Gold Award Readers Digest Trusted Brand 2018-2021, Superbrand dan Malaysia Book of Record bagi Program Simulasi Little Hajj tahun 2019.

Mengimbau penganjuran Little Hajj 2019 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Mana taknya mendapat liputan yang sangat meluas dengan hampir semua agensi media cetak dan media elektronik.

Masing-masing berkampung di MAEPS, Serdang bagi membuat liputan secara langsung termasuk juga paparan di media sosial.

AKTIVITI LITTLE HAJJ

Selain acara ikonik dimana anak-anak berpeluang anak anak melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaabah dengan ketinggian 10 kaki, aktiviti yang turut dijalankan semasa program berlangsung adalah seperti:

1) Cara Memakai Kain Ihram Untuk Haji 

2) Pengenalan & Aktiviti Wuquf di Arafah  – ibadat haji, iaitu wukuf di Arafah, salah satu daripada rukunnya.

3) Bermalam di Muzdalifah – Apabila kamu berangkat dari Arafah maka sebutlah nama Allah di Mas’ar al-Haram (Muzdalifah).”

4) Mabit di MinaMabit di Mina – bermalam di Mina pada hari-hari tasyriq (malam tanggal 11, 12, dan 13 Dzulhijjah). Menurut Jumhur ulama mabit di Mina hukumnya wajib, sebahagian yang lain mengatakan sunat.

Walaupun cuma berada di program simulasi ini, terasa diri seperti di sana. Masih lagi dalam ‘wishlist’ untuk menjejakan kaki ke sana bersama ahli keluarga.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge