DE’XANDRA CELEBRITY COLLECTION MEMANG AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa saja yang tak terkesan dengan pandemik Covid-19. Ada yang dibuang kerja, tutup perniagaan dan macam macam lagi.
DE’XANDRA CELEBRITY COLLECTION
De’Xandra, syarikat haruman popular di Malaysia. De’Xandra Celebrity Collection ini bertemakan persahabatan dan cinta melalui #DexandraHealsTheWorld . Tayangan video kesedaran berkaitan kesihatan mental melalui media sosial.
“Koleksi wangian terbaharu cetusan idea dan kolaborasi citarasa selebriti. Bella Astillah dan pereka fesyen Rico Rinaldi yang dikenali sebagai Celebrity Collection sangat istimewa.
“Sebagai jenama wangian pilihan asia, kami merasa terpanggil untuk turut bersama-sama memupuk kesedaran di kalangan masyarakat.
Selain menyeru melakukan apa sahaja usaha dalam membantu golongan yang sedang mengalami masalah awal kesihatan mental. Antaranya depresi, anxiety, kemurungan dan hilang keyakinan diri, “
-kongsi pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi
RICO RINALDI
Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen yang tersohor. Warna kelabu sebagai Rico Rinaldi mengenengahkan perlambangan pentingnya nilai persahabatan. Persahabatan penting dalam kehidupan.
BELLA ASTILLAH
Tampil merah, diibaratkan warna rona cinta. Membantu memberi suntikan semangat baru kepada mereka yang memerluka. Termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental.
“Kami yakin nilai persahabatan dan cinta ini merupakan tunjang dalam apa jua situasi kerana kita memerlukan sahabat untuk saling menyokong, kasih sayang dan cinta.
Justeru melalui koleksi selebriti ini menyampaikan mesej yang jelas dan baharu kepada penggemar-penggemar minyak wangi. Tentang nilai persahabatan dan cinta yang sebenar”
-sambungnya lagi.
DE’XANDRA HEALS THE WORLD
Selain melancarkan koleksi wangian turut melancarkan kempen “Mental Health Awareness” bertemakan “De’Xandra Heals The World”. Kempen CSR yang julung kali diadakan.
“Kempen ini berlangsung sepanjang tahun yang turut disokong selebriti yang terlibat dengan De’Xandra, pihak pengurusan tertinggi, rakan strategik. Termasuk stokis, pengedar dan dropship yang berada di negara ini, Singapura, Indonesia dan Brunei.
“Tujuan diadakan sebagai menyatakan pendirian dan sokongan serta usaha kami. Ingin membantu memberi lebih banyak kesedaran kepada pelbagai pihak tentang situasi kesihatan mental yang kian meruncing.
“Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pengurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi.
Bagaimana pun pada kempen kali ini, kami mengangkat isu kesihatan mental. Ekoran berlakunya peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri di dalam negara malah di peringkat global,”
-Menurut pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi
TURUT HADIR
Majlis turut dihadiri EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, YB Dr. Mohammad Akmal Salleh, Pakar Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan, Annems Leadership Solution, Datuk Faridah Hanim Haron.
Tokoh Saham, Asri Ahmad Academy, Datuk Haji Mohd Asri Hj Ahmad.
Tidak ketinggalan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Megaklinik Zahra, Dato’ Mohd Nafidz Abdul Razak, Penasihat Perniagaan De’Xandra, Sifu Jamal.
Juga rakan-rakan artis, rakan-rakan pengasas perniagaan, pempengaruh (influencer) dan pihak media.
KERJASAMA TERJALIN BUKAN SEKADAR WANGIAN
Kedua-dua selebriti yang menjalin kerjasama dan turut terinspirasi dengan produk yang dianggap lebih daripada sekadar wangian.
“Kami duduk berbincang daripada hati ke hati dalam banyak perkara. Termasuk aspek citarasa, kualiti dan keutamaan mereka bukan sahaja dalam kerjaya tetapi dalam kehidupan seharian.
“Mereka juga sangat terkesan dengan gelombang positif pasukan dalam De’Xandra maka menzahirlah koleksi terbaharu yang dilancarkan.
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail memberitahu,
INSIATIF DE’XANDRA
Koleksi ini juga merupakan inisiatif De’Xandra dalam mempelbagaikan pilihan buat penggemar wangian yang setia dan meraikan peminat baharu.
“Selain memberi peluang kepada para peminat selebriti, mereka juga berpeluang mengumpul koleksi wangian daripada artis kegemaran.
Berdasarkan data dan rekod, kehadiran selebriti secara langsung membantu menaikkan reputasi jenama yang memberi impak langsung peningkatan kepada jualan, “
Selain berkongsi citarasa wangian, pilihan selebriti juga berperanan menyokong usaha mempromosikan produk.
Memberi motivasi dan galakan kepada usahawan-usahawan terutama bangkit dan meneruskan perniagaan pasca pandemik bersama-sama De’Xandra.
Website |