Buat anda peminat kopi ini berita baik untuk anda! Series minuman terbaru dari Kopi Saigon untuk peminat kopi dan juga penggemar eSport. Eh! Apa kena mengena dengan eSport ini? Ini ceritanya!

KOPI SAIGON

Kali ini mengorak langkah dengan memperkenalkan siri minuman terbaru untuk para peminat kopi dan juga penggemar eSport. Siri minuman ini merupakan hasil kolaborasi yang menarik dengan dua personaliti terkenal dalam eSport

DARK SYSTEM SERIES

Jenama minuman kopi segera tempatan popular, Kopi Saigon baru-baru ini melancarkan siri minuman Dark System Series. Berkolaborasi dengan Soloz dan XK Penjahat, dua personaliti eSport terkenal di kalangan komuniti eSport di Malaysia.

Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

3 JENIS SIRI MINUMAN

Dengan memperkenalkan siri minuman yang bukan dari rasa kopi tetapi mempunyai rasa yang unik Dan berbeza Dan harga setiap satu bermula dari RM 10 hingga RM12

– [Vanilla Choc] – Dark Fighter
– [Apple Passion] – Dark Assassin
– [Milky Peach Passion] – Dark Mage

BAGI SOLOZ

Soloz, yang merupakan personaliti eSport popular di Malaysia, menyatakan rasa gembira kerana dapat terlibat dalam kolaborasi ini.

“Saya sangat bersemangat untuk bekerjasama dalam mencipta minuman kopi yang unik dan berbeza. Saya harap peminat kopi dan penggemar saya akan menikmati Kopi Saigon Dark System Series ini.”

Sementara itu, Soloz turut menyebut bahawa ini merupakan kerjasama pertamanya dengan jenama F&B dan dia melahirkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan jenama gergasi tempatan Kopi Saigon.

Ditambah dengan kemenangan pasukan Malaysia sebagai JUARA DUNIA MLBB MSC 2024, ia pastinya akan merancakkan lagi industri e-sukan di Malaysia.

UNTUK XK PENJAHAT

“Kolaborasi ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi saya. Saya yakin minuman Kopi Saigon Dark System Series ini akan menjadi kegemaran ramai, terutamanya di kalangan komuniti eSport yang sentiasa mencari sesuatu yang berbeza.”

Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

-kongsi XK Penjahat di majlis pelancaran

BAGI KOPI SAIGON

Asyraf Kamal, memberitahu kerjasama itu merupakan langkah strategik untuk memperkenalkan kepada khalayak yang lebih besar tentang perniagaan kami.

Kopi Saigon Lancar Siri Minuman Terbaru Kolaborasi Bersama Personaliti eSport Soloz dan XK Penjahat

“Kami percaya dengar kerjasama bersama Soloz dan XK Penjahat, kami dapat mencapai sasara pasaran yang lebih luas dan berbeza. Kami sangat teruja dengar potensi yang ada Dan berharap semya pihak dapat menikmati produk baru ini”

-kata Asyraf Kamai, Pengasas Kopi Saigon

MERCHANDISE DARK SYSTEM SERIES

Selain minuman, kolaborasi ini turut memperkenalkan pelbagai produk baru yang eksklusif yang bertemakan Dark System Series. Iaitu “Lanyard Dark System Series”, “Sticker Pack Dark System Series”, “Flask Dark System Series”, dan “Keychain Dark System Series”.

Produk-produk ini dirancang khusus untuk melengkapi gaya hidup peminat setia kedua-duanya iaitu penggemar kopi dan peminat eSports. Semua barang ini boleh didapati di Kedai Tiktok Kopi Saigon HQ bermula 27 Julai 2024.

Dengan produk terbaru ini dijangka akan menjadi saingan utama dalam industri minuman kopi di Malaysia. Penggemar kopi dan peminat eSport di seluruh negara dijemput untuk mencuba minuman terbaru ini dan merasai sendiri keunikan rasa yang ditawarkan.

Bagi yang berminat, boleh didapati di semua cawangan di seluruh negara mulai 27 Julai 2024. Jom cuba Kopi Saigon Dark System Series dan rasai sendiri pengalaman minum kopi yang berbeza!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge