Tahniah buat jenama yang paling popular untuk sambutan Ulang Tahun ke-95 baru baru ini!
BOH
Bukan nama baru TETAPI antara jenama teh terkemuka di Malaysia dan serata negara. Baru-baru ini mengadakan majlis sambutan Ulang Tahun ke-95 di Salah satu pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
ULANG TAHUN KE-95
Sambutan yang bertemakan ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan’ berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung, khususnya peminat setia teh yang ingin merasai pengalaman unik yang ditawarkan oleh jenama ini.
INISIATIF BOH WISH TREE
Salah satu acara utama sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Pengunjung dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk bumi kita.
Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar. Menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500 anak benih baru.
CARING FOR OUR FOREST
Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya.
Ini akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia 2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.
KOLEKSI TUDUNG TERBARU FAZURA X BOH
Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 Kali ini. Manakala, selebriti Azira Shafinaz pula turut membuat penampilan dan mengadakan persembahan yang cukup istimewa.
PERJALANAN SELAMA 95 TAHUN
Perjalanan jenama ini selama 95 tahun bermula pada tahun 1929 apabila pengasasnya sendiri, J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands.
Ia sewaktu Zaman Kemelesetan Besar di mana kemelesetan ekonomi telah bermula. Walaupun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat mahupun pandangan jauh Russell kerana beliau melihat wujudnya peluang besar dalam industri teh.
ASAL NAMA
Nama ini berasal daripada ‘Bohea’, bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh premium dalam perdagangan awal teh di China. Lantas, bermulalah sebuah legasi teh yang kukuh bertapak di Malaysia.
Di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik. Juga infrastruktur inovatif yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan’s Reserve, telah dicipta khas sebagai penghormatan istimewa buat insan ini.
Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses pembuatan hingga ke pemasaran teh.
BOH menghidangkan teh paling segar kepada pengguna, dari ‘ladang teh ke cawan teh’.
Dalam ucapannya di sambutan komuniti, Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang dekad ini.
HASIL 5.0 JUTA CAWAN TEH
Hari ini, BOH mempunyai tiga ladang teh di Cameron Highlands yang meliputi 1,000 hektar tanah pertanian yang subur. Secara kolektif, ladang teh BOH, Fairlie, dan Sungei Palas menghasilkan 2.8 juta kilogram teh setiap tahun. Secara keseluruhannya, 5.0 juta cawan teh BOH dihidangkan setiap hari.