Pastinya ada yang tahu akan keenakan ikan siakap yang merupakan ikan air tawar dan air masin. Pelbagai resepi ikan siakap atau cara dimasak tidak kira stim, goreng, bakar, mahupun kukus.
7 RESEPI IKAN SIAKAP
Rupanya ikan siakap ada siakap laut suku, laut dalam, siakap liar, siakap kolam dan siakap sangkar. Ini dikongsikan resepi iklan siakap mudah dan sedap yang boleh dicuba
SIAKAP KENGSOM THAI : Credit – amalinafatini/Che Nom
Bahan-bahan:
3-4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
6-7 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan
1 pofong nenas
1 inci lengkuas
2 batang serai
Air untuk kuah
1/2 biji nenas
1 ekor ikan siakap
2 sudu besar sos ikan Thai
Garam secukup rasa
Tambah gula melaka (jika suka)
1 ikat kangkung
2 biji limau nipis
PENYEDIAAN
– Potong menyerong nenas (untuk masukkan dalam kuah), potong dadu nenas (untuk kisar).
– Potong kasar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi (merah) dan cili merah.Hiris nipis lengkuas, titik serai, potong limau
dan perah jus (boleh ganti jus asam jawa).Kangkung buang akar dan batang yang keras.
*Che nom akan letak setangkai panjang kangkong.
– Ikan siakap potong 4.
– Kisar halus bahan potong kasar, nenas, belacan (boleh ganti perasa), dan air.
UNTUK KUAH
– Masuk bahan kisar halus dalam kuali,masukkan serai dan lengkuas kemudianreneh sampai agak masak (anggaran 10-15minit).
– Tambah air untuk lebih berkuah (jangan banyak sangat takut cair) dan masukkanhirisan nenas.
– Masak sampai kuah mendidih.
– Masukkan ikan (jangan kacau lebih-lebihtakut hancur), dan tutup kejap.
– Bila ikan dan masak, masukkan sos ikan dan garam cukup rasa (boleh tambah gula melakajika suka manis). Rebus sikit lagi.
– Bila semua dah masak, susun kangkong kemudian tutup api
– Akhir sekali masukkan jus limau nipis
SIAKAP STIM SWEET SOUR – Credit : Khadijah Jaafar
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar merah
3 ulas bawang kecil merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
6 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 batang serai – cincang halus
2 helai daun limau purut – hiris halus
1 sudu kecil jus limau nipis.
Limau nipis
Sedikit air
Garam
Gula
Bahan Taburan
2 helai daun limau purut – hiris halus
7 biji cili api – hiris halus
Sedikit nenas – dipotong kecil
CARA MEMASAK
– Blendkan bawang besar merah, bawang kecil merah & bawang putih.
-Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang kisar bersama dengan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
-Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sehingga mendidih.
-Masukkan daun limau purut & serai. Perasakan dengan garam & gula. Tutup api.
PENGUKUS
-Panaskan pengukus. Ambil ikan masukkan dalam pinggan untuk dikukus.
-Sapukan ikan dengan sedikit garam & jus limau nipis.
-Curahkan sos sweet sour di atas ikan.
-Kemudian, kukus selama 20 -30 minit bergantung pada saiz ikan.
HIDANGKAN
-Ikan siap dikukus.
-Hidangkan dan hiaskan dengan bahan taburan.
-Jika suka rasa lebih masam, sebelum makan boleh perahkan dengan limau nipis.
IKAN SIAKAP SOS THAI : Credit – Liza Idris
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Tepung jagung secukupnya
Bahan Tumis:
1 biji bawang holland saiz kecil
6 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji cili besar
5 @ 10 biji cili padi
5 helai daun limau purut
2 batang akar ketumbar
(Semua bahan dihiris nipis)
Bahan Sos:
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
2 inci belacan
Sedikit gula kabung atau gula putih
1 biji limau kasturi
1 cawan air
Daun ketumbar secukupnya
CARA MEMASAK
– Bersihkan ikan dan lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung dengan secukupnya.
– Panaskan minyak, goreng garing. Angkat dan ketepikan dulu.
– Hiris nipis semua bahan tumis. Boleh juga dicincang halus.
– Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu.
– Letak cili kisar. Kacau sebati.
– Masuk belacan. Masa ni tumisan akan jadi harum semerbak.
– Seterusnya masukkan sos cili, sos tiram, dan sos ikan. Sebatikan.
– Masuk juga gula. Kacau sampai pecah minyak.
– Kemudian masukkan air.
– Perah limau kasturi. Boleh juga guna limau nipis. Kacau sampai mesra.
HIDANGKAN
– Tabur daun ketumbar. Sos siap untuk disiram pada ikan.
– Ikan Siakap Sos Thai sedia untuk dinikmati.
IKAN SIAKAP STIM LIMAU : Credit -Zafirah Zawawi
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3-4 ulas bawang putih – cincang / dadu
1 inci halia – hiris
1 batang serai – hiris
2 batang serai – ketuk
1 kiub pati ayam
Cili padi merah dan hijau – hiris
1-2 biji limau nipis
Daun ketumbar – hiris
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam secukup rasa
Sos ikan secukupnya
CARA MEMASAK:
– Bersihkan ikan dan basuh menggunakan limau nipis atau lemon bagi membuang bau hanyir.
– Masukkan serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Kemudian lumurkan kiub pati ayam hingga rata.
– Masukkan ikan, air secukupnya, akar dan hirisan daun ketumbar ke dalam kuali. Rebus sekitar 10 minit.
– Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati. Untuk rasa yang tidak terlalu pedas, masukkan cili padi di akhir sekali.
– Perasakan dengan sos ikan atau garam dengan secukupnya.
– Angkat dan sedia untuk dinikmati.
IKAN BAKAR PETAI : Credit : Khadijah Jaafar
Bau aromanya pun dah cukup menggoda. Memang favourite anak & suami. Cukup mudah dan memang sedap. Jom kite tengok resepinye.
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
4 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil belacan
Daun pisang
Air asam jawa
1 biji limau kasturi
1/2 cawan air asam jawa
Gula
Garam
Bahan kisar
2 biji bawang besar merah – saiz sederhana
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 hiris lengkuas
MEMASAK:
-Tumis bahan kisar, cili kisar, belacan & gula. Tumis sampai pecah minyak.
– Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai sebati.
– Masukkan petai. Tutup api
– Bersihkan ikan dan kelar. Letakkan di atas daun pisang.
– Sapukan ikan dengan bahan tumis tadi. Balutkan ikan. Nak bagi ikan kekal moist, balut ikan tuh pastikan dengan daun pisang yang tebal, maknenye biar beberapa lapis. Ikan bakar akan moist dan sedap.
– Bakarlah di atas pemanggang ke atau dalam ketuhar. Bakar dalam ketuhar aje suhu 170 Celcius selama 20 – 30 minit.
SIAP
-Bila nak makan perahkan limau kasturi. Memang terangkat.
Selamat mencuba.
IKAN SIAKAP STIM LEMON : Credit – Liza Idris
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap.
1 biji bawang holand.
2 batang serai diketuk.
3 biji cili api diketuk.
3 inci halia hiris nipis.
1 biji tomato
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1 biji lemon dibahagi dua. Separuh hiris nipis, separuh lagi perah jus.
1/2 kiub ayam.
Daun sup daun bawang.
CARA MEMASAK
– Kelar ikan tu dulu, kemudian lumur ikan dengan garam.
– Sebatang serai selit dalam perut ikan.
– Tabur halia, bawang putih, bawang holand, cili padi dan keratan batang daun sup/bawang yang keras dalam bekas kukus.
– Kalau ada daun limau purut letak je. Sajala nak bagi aroma lebih umppp.
– Ambil ikan letak atas taburan bahan tadi. Seterusnya tabur pula bahagian atas ikan supaya seimbang atas dan bawah
– Curah sos ikan atas ikan.
– Curah jus lemon atas ikan dan keliling bekas.
– Masuk 1 gelas air. Kalau suka banyak kuah lebih pun tak apa
– Hancurkan kiub ayam, dan tabur merata dalam bekas.
– Masuk tepung jagung yang dibancuh keliling bekas.
– Curah lagi sekali 2 sudu sos ikan.
– Kukus selama 20 minit. Takda periuk kukus, boleh je rebus dalam periuk biasa.
– Ting! Selak sikit isi ikan, kalau tak melekat di tulang, kira dah masak la tu.
HIDANGKAN
-Lepastu baru hias dengan lemon dan tabur daun sup daun bawang. Kukus lagi 5 minit.
RESEPI MIANG PLA PAO : Credit -Keroroyz Royz
Bahan-Bahan ikan:
1sederhana- cuci bersih, lumurkan dgn garam ekor ikan siakap/bawal/tilapia
1 btg serai diketuk
3-4 helai daun limau purut dikoyak2 skit
MEMASAK:
-Masukkan serai & daun limau purut ke dalam perut ikan. Bakar atau grill ikan hingga masak. Kalau tak rajin goreng deep fry hingga ikan masak garing,
*Jika gunakan Airfryer panaskan pada suhu 200c selama 2- 3 min.
-Kerat ikan menjadi dua. Airfry selama 15-20min sehingga masak keperangan dan tak perlu dibalik-balikkan.
Bahan-bahan sayuran:
7-8 helai daun salad dikoyak dua
1/2 batang carrot dipotong julienne cut
1/2 batang timun jepun dipotong julienne cut
Sedikit suun dicelur
1 pokok ketumbar dihiris panjang mancis
8 biji tomato cheri dibelah 4
Kacang tanah sangai – optional
UNTUK SOS:
10 biji cili padi siam dicincang
2 ulas bwg putih diparut/cincang
3 sudu makan sos ikan/nampla
1/2 cawan sos manis Thai Maepranom
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 cawan air
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya dihiris halus
1 sudu kecil gula nisan jika perlu
CARA MEMBUAT SOS:
– Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar dan jus limau ke dalam periuk.
– Didihkan sebentar. Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan jus limau.
– Balance kan rasa pedas, manis, masam & masin. Sos tidak perlukan garam kerna nampla dah masin & sosmanis Thai mmg sedia manis
* Sos kalau ada lebih simpan dalam fridge & makan dengan coq bwg/risoles pun sodapppp
CARA MAKAN
– Cara makan, ambil sekeping salad, letak suun, sayur-sayuran
– Cubit isi ikan, sos & bungkus
– Dah boleh makan
Ini antara makanan Thailand yang patut di cuba selain Miang Kham, Vietnames rolls. Selamat merasa!
Selamat mencuba!