Slam & Exists Gegar Unifi Arena Mei 2027! Lagu-Lagu Hit Bakal Jadi Pilihan

KONSERT SLAM X EXISTS 2027

Peminat rock tanah air, bersedia untuk satu malam penuh nostalgia! Dua kumpulan legenda, Slam dan Exists, bakal berkongsi pentas menerusi konsert Slam x Exists: The Greatest Hits di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2027.

Dianjurkan oleh ICON Entertainment bersama SS Karya Entertainment, konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam itu bakal menampilkan rangkaian lagu popular daripada kedua-dua kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam industri muzik tempatan.

HIMPUNAN LAGU TERBAIK SLAM & EXISTS

Berbeza dengan konsert Our Journey pada 2025 yang mengetengahkan perjalanan muzik mereka, edisi kali ini memberi tumpuan kepada himpunan lagu terbaik Slam dan Exists.

Menurut pengasas SS Karya Entertainment merangkap pemain gitar Slam, Shah, peminat boleh menjangkakan persembahan yang sarat dengan lagu-lagu popular, bukannya pilihan lagu sampingan atau side B.

Pemilihan Unifi Arena yang lebih besar juga diharap dapat memberikan pengalaman audio dan visual yang lebih memuaskan kepada penonton.

ANTARA LAGU HITS

GERIMIS MENGUNDANG, NUR KASIH

Antara lagu yang dijangka mengisi malam istimewa itu termasuklah karya popular Slam seperti Gerimis Mengundang, Nur Kasih dan Kembali Terjalin.

LANGKAH SEIRINGAN, JULIA

Sementara itu, Exists pula bakal membawa lagu-lagu yang cukup dekat di hati peminat seperti Alasanmu, Langkah Seiringan, Julia dan Seperti Dulu, dengan susunan muzik yang lebih segar.

Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang, menyifatkan kerjasama ini sebagai usaha meraikan pengaruh besar Slam dan Exists dalam landskap muzik tempatan serta Nusantara.

Bagi vokalis Exists, Ezad, konsert ini juga menjadi peluang untuk mendekati peminat daripada pelbagai generasi, termasuk golongan muda yang mengenali lagu-lagu mereka menerusi platform penstriman digital.

HARGA TIKET KONSERT SLAM X EXISTS 2027

Jualan tiket akan bermula pada 1 Disember 2026, jam 3 petang menerusi laman web rasmi Ticket2U – Slam x Exists. Berikut ialah kategori dan harga tiket yang diumumkan:

✔ Gerimis Mengundang – RM228.
✔ Nur Kasih – RM288.
✔ Mencari Alasan – RM368.
✔ Kembali Terjalin – RM388.
✔ Langkah Seiringan – RM428.
✔ Seperti Dulu – RM488.
✔ Icon Sofa – RM5,000.

Jadi, buat peminat Slam dan Exists, inilah peluang untuk menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah menjadi sebahagian daripada kenangan dan perjalanan hidup.

Slam x Exists: The Greatest Hits bakal berlangsung pada 1 Mei 2027 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Simpan tarikh dan jangan terlepas peluang menjadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia ini!


By Nannie Isa

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *