Konsert kali ini membawa tema The Last Reunion — satu pertemuan yang mungkin menjadi peluang terakhir untuk menyaksikan gabungan tiga bintang ini di pentas yang sama.

SEMBILU 2.0

Masih ingat filem Sembilu yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu? Kali ini, peminat bakal dibawa kembali ke zaman penuh nostalgia apabila Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain kembali bersatu menerusi SEMBILU 2.0 THE LAST REUNION LIVE IN CONCERT!

THE LAST REUNION LIVE IN CONCERT

Selepas sambutan hangat konsert Sembilu pada Februari lalu, TJTM Entertainment kembali dengan edisi lebih besar yang pastinya dinantikan peminat. Lebih istimewa, konsert kali ini membawa tema The Last Reunion — satu pertemuan yang mungkin menjadi peluang terakhir untuk menyaksikan gabungan tiga bintang ini di pentas yang sama.

Catat tarikhnya! Konsert ini bakal berlangsung pada 16 Januari 2027, jam 8.30 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

PELBAGAI KEJUTAN

Bukan sekadar mengulang kenangan lama, Sembilu 2.0 menjanjikan produksi lebih gah, susunan muzik baharu dan pilihan lagu ikonik yang pernah mewarnai filem berkenaan. Pastinya lagu-lagu yang pernah buat kita tersenyum, kecewa dan ikut menyanyi bersama bakal menghidupkan suasana malam tersebut.

Ada kejutan juga! Barisan artis jemputan masih dirahsiakan oleh pihak penganjur. Jadi, kita tunggu sahaja siapa lagi yang bakal muncul memeriahkan pentas Sembilu 2.0 nanti.

Konsert ini diterajui TJTM Entertainment di bawah naungan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, yang sebelum ini turut mengendalikan konsert Sembilu dan 40 Dekad Fauziah Latiff.

TIKET DIJUAL 27 NOVEMBER

Tak perlu tunggu lama. Tiket rasmi mula dijual pada 27 November 2026 (Jumaat), jam 12 tengah hari menerusi iLasso Tickets. Lebih menarik, ada beberapa tawaran istimewa untuk peminat:

✔ Kusyen Special percuma bagi setiap pembelian tiket di luar kategori arena.
✔ Diskaun Early Bird 5% selama seminggu bermula dari tarikh jualan tiket.
✔ Diskaun 10% untuk mereka yang pernah membeli tiket konsert Sembilu terdahulu.
✔ Booth jualan turut disediakan di bahagian luar dan dalam stadium.

HARGA TIKET SEMBILU 2.0

✔ Halaman – RM 1,399
✔ Asmara – RM 1,019
✔ Senja – RM 659
✔ Nan Merah – RM409
✔ Di Ambang – RM359
✔ Wati Setiaku – RM329
✔ Disini – RM309
✔ Di Penjara, Pasrah, Madah Berhelah – RM159
✔ Janji Cinta Abadi, Puncak Kasih – RM159

Jadi, peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, inilah masanya untuk mengimbau kembali kenangan Sembilu dalam suasana konsert yang lebih besar.

The Last Reunion — satu malam, tiga bintang dan seribu kenangan. Jumpa korang di Stadium Merdeka!


By Nannie Isa

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *