PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI, AWESOME!

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik tinggal seminggu lagi anak-anak kembali ke sekolah. Dah tiada riuh rendah di rumah dimana semua kembali ke jadual asal.

Sebut pasal kembali ke sekolah, dah beli ke kelengkapan persekolahan anak-anak? Yang pasti mesti nak yang baru dari hujung rambut hingga hujung kaki kan!

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Mungkin ada yang tahu atau tidak tahu yang Pusat Pakaian Hari-Hari antara lokasi pilihan KP untuk membeli kelengkapan anak sekolah. Bak kata orang kini ‘One Stop Center’ sebab semua ada dibawah satu bumbung.

Nak membeli baju sekolah rendah, menengah, KAFA mahupun baju pengawas pun ada. Jadi tidak perlu risau sebab harga pun mampu milik.

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH

Untuk anak teruna kali ini, pembelian menjadi sedikit kelainan . Mana taknya anak teruna -Irfan dapat jadi pengawas petang. Set baju sekolah terus bertukar dari putih hijau kepada kuning hitam.

BAJU SEKOLAH

Jadi, sesampai saja di Pusat Pakaian Hari-Hari terus ke ‘area’ baju dahulu terlebih dahulu. Risau juga takut tiada kan tapi sangkaan salah. Siap di kasi warna-warna baju yang ada.

Untuk pengawas ini antara warna yang ada. Pilihan kami semestinya Jony & Jeny. Ok, sekarang cari saiz yang padan dengan Irfan.

Handsome lah tu pakai lengan panjang warna kuning pula. Tahun sudah warna putih hijau tahun ni warna kuning hitam.

Dah dapat baju kena cari seluar hitam. Nasib baik saiz ada lagi, terima kasih kat kakak yang bantu cari tadi. Irfan puas hati terus ambil 2 set lengkap terus.

KASUT SEKOLAH

Next, kasut sekolah pula. Banyak pula pilihan yang ada kat sini. Nak tali ada, sarung ada, ‘strip’ pun ada. Rambang mata kejap mama dia.

Nak yang sarung katanya, tak nak tali sebab senang nak sarung lepas solat. Ikutlah Irfan, asalkan selesa. Panjang juga kaki anakku ini.

Stokin sekolah jangan lupa nanti kena tegur pula dengan cikgu . Sini senang digantung untuk di pilih. Nak tebal atau nipis. Pendek atau panjang.

BEG SEKOLAH

Makin dewasa pilihan beg sekolah bukan lagi mengikut citarasa mama dia. Lebih kepada Irfan sendiri. Dah anak lelaki, lebih cenderung kepada pilihan sendiri.

Walaupun disini ada pelbagai design. warna. dan saiz yang celoreng juga pilihannya. Ambillah asalkan belajar rajin-rajin.

ALAT TULIS

Haa, betul kan semua ada di sini. Nak alat tulis pun ada juga dari pen, pensel, pemadam, gunting, pensel box dan sebagainya. Tinggal nak pilih dan bayar.

Buat yang tertanya ada tak jual pakaian untuk jasmani? Ada jual tracksuit disini tetapi kena pilih juga warna atau material yang dibenarkan di sekolah

Tudung sekolah, singlet sekolah pun ada juga. Termasuk botol air untuk dibawa ke sekolah.

Yang bestnya , masa sampai di Pusat Pakaian Hari-Hari agak ramai walaupun masa tu baru 10.10pagi. Masing-masing sibuk mencari kelengkapan sekolah.

Baca: Prasekolah

BAGUS KE SERVIS ?

Dengan bantuan staf yang ada semua pencarian dapat diselesaikan dalam masa 1jam. Jadi cepat, pantas, dan paling penting senantiasa senyum melayan karenah pelanggan.

Bukan saja memuji tetapi memang ini kenyataan . Lepas ke area baju minta cari saiz, ke seluar, ke stokin , ke kasut dan akhir sekali beg sekolah semua dibantu oleh staff. Memang terbaik!

MANA LAGI CAWANGAN HARI-HARI

Nak tahu dimana cawangan yang terdekat boleh cari di www.hari.com.my/locator kerana cawangan Hari-Hari ada 98 diseluruh negara. 

Nak beli melalui online pun boleh di

Hari-Hari Online Store| Hari-Hari Shopee | Hari-Hari Lazada|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge