Cucur bukan setakat hidangan yang boleh dinikmati waktu sarapan pagi, ada juga menikmatinya sewaktu minum petang. Pastinya nak cepat dan sedap bukan? Ini dikongsikan 6 resepi cucur paling senang tapi sedap!
CUCUR
Ada yang menikmati sewaktu sarapan pagi atau minum petang. Ada pula yang menghidangkan buat tetamu yang berkunjung ke rumah. Cucur lah yang paling senang dan cepat. Takde Idea nak buat cucur apa, meh ini dikongsikan 6 resepi cucur paling senang tapi sedap!
6 RESEPI CUCUR PALING SENANG DAN SEDAP, BEST!
CUCUR IKAN BILIS RANGUP
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis
Cili hilis secukupnya
Daun sup/kucai
Bawang besar hiris secukupnya
Sedikit garam dan kiub ikan bilis
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
Air panas 1/2 cawan
Air biasa 1 1/2 cawan..
CARA MEMASAK
-Satukan bahan semua ke dalam bekas. Masukkan air panas terlebih dahulu Dan kemudahan air biasa
– Satukan bahan semua ke dalam bekas. Masukkan air panas terlebih dahulu Dan kemudahan air biasa
– Gaul hingga sebati Dan biarkan selamat 5 minit
– Panaskan minyak, boleh mula mengoreng cucur ikan bilis
– Nampak kekuningan, Angkat toskan minyak. Sedia Untuk dihidangkan
CUCUR AYAM
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan dada ayam – dicencang halus
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA-CARA MEMBUAT
– Campurkan ke semua bahan dalam mangkuk pengadun. Tambahkan air secukupnya.
– Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil sedikit adunan dan goreng cucur hingga keperang-perangan.
CUCUR UDANG : Credit – SUISAN ALIEZSHA
1 kg tepung gandum
Sepaket mauripan
Udang (saiz udang terpulang kepada kesukaan memasing)
Sedikit serbuk kunyit
Garam (secukup rasa)
– Sediakan bekas, masukkan tepung mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Masukkan air sedikit demi sedikit dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
– Selepas adunan siap, masukkan duan kucai, kacau hingga sebati, Biarkan adunan seketika sehingga ia mengembang
– Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik atau sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi
– Letakkan udang ke atas cucur yang hendak di goreng
– Selepas cucur nampak garing sekata, Angkat toskan minyak. Sedia Untuk dihidangkan
CUCUR ROTI : Credit Resepi Dapur Opah
BAHAN-BAHAN
-8 keping roti (guna roti gardenia)
-3 biji telur ayam saiz besar
-1/2 cawan susu segar
-1/2 cawan serbuk roti
-1 genggam ikan bilis saiz kecil
-1 pokok daun bawang dipotong kecil
-10 batang daun kucai dipotong kecil
-1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
-1/2 keping kiub ikan bilis
-Secubit garam
-Cili merah dipotong halus jika suka
-Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK
– Roti dipotong kecil-kecil. Masukkan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi.Masukkan kiub ikan bilis + garam.
– Masukkan daun bawang ,daun kucai,bawang besar dan cili yang dipotong halus.Gaulkan semuanya.
– Masukkan serbuk roti,tambahkan susu sedikit-sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair.
– Panaskan minyak dan goreng terendam sehinga masak.
-Hidangkan panas-panas bersama cili sos.
CUCUR SAYUR RANGUP: Credit Resepi Dapur Opah
BAHAN A
-1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
-1 sudu kecil baiking powder *
-1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
-1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
-1 sudu besar minyak masak*
-1 biji telor ayam *
-Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
BAHAN B
-1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
-1 cawan karet yang dihiris halus
-1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
-1 biji bawang besar yg dihiris halus
-1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
PILIHAN LAIN**
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda. 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair. Pilihan Lain : Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan ke dalam adunan
ATAU Udang Basah yang buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam adunan.
MEMASAK:
-Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
-Gaul rata supaya menjadi sebati
-Kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang cantik
-Masukkan ikan bilis atau pun udang yang menjadi pilihan anda
-Rasa tahap kesedapan anda
-Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit
-Barulah digoreng
CUCUR LABU LEMAK MANIS : Credit Resepi Dapur Opah
BAHAN-BAHAN
1/2 biji labu.
3 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk penaik
1 kotak kecil santan
1/4 cawan gula perang atau gula putih (tambah lagi kalau nak manis)
1 biji telur (optional)
Secubit garam
Air
CARA-CARA
-Labu di buang kulit.
-Rebus atau kukus labu hingga lembut dan empuk
-Bila labu dah empuk.lenyekkan labu.
-Masukkan telu,gula, santan, garam secubit dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga semuanya bergaul sebati.
-Kalau adunan pekat,boleh tambah air hingga dapat adunan yang sederhana (macam nak buat cekodok pisang tu) boleh ambil skit rasa kalau cukup manis semua bolehlah menggoreng.
-Sediakan minyak secukupnya.
-Saya goreng dalam periuk je.
-Jemput adunan dengan tangan atau guna sudu. Saya pakai tangan je, basuh dulu tangan dan sedia mengoreng bila minyak betul-betul panas.
-Goreng hingga kekuningan, dah masak angkat dan hidang.
Selamat mencuba!