KL EAST MALL LANCAR KEMPEN HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KL EAST MALL LANCAR KEMPEN HARI RAYA AIDILFITRI | KL East Mall antara pusat membeli belah terbaru yang dibuka di Kuala Lumpur.

KL EAST MALL

pusat beli-belah runcit dan gaya hidup yang menghadap KL East, sebuah pembangunan bersepadu seluas 153 ekar oleh Sime Darby Property. Pusat beli-belah 100 peratus milik pertama kumpulan ini merangkumi empat tingkat dengan keluasan 384,210 kaki persegi. Ia ini direka sebagai pusat tumpuan trend di mana fesyen, muzik, gaya dan seni bertemu.

SUMBANGAN PADA YAYASAN PENDIDIKAN INSANI

Kesucian dan keindahan bulan Ramadan itu lahir dari amalan refleksi diri, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, serta berbuat baik kepada masyarakat. Menyemarakkan ketiga-tiga nilai murni ini, KL East Mall, sebuah pusat membeli belah milik penuh Sime Darby Property mengambil inisiatif. Membantu dan menyumbang kepada Yayasan Pendidikan Insani melalui kempen Hari Raya Aidilfitri pertamanya.

YAYASAN PENDIDIKAN INSANI

Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan penjagaan pencegahan awal, terapi serta pendidikan kepada 50 orang kanak-kanak autism yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Mengambil kesempatan pelancaran Tanggungjawab Sosial Korporat KL East Mall ini, Datuk Chef Wan dan Fiziwoo telah memberikan sumbangan mereka kepada INSANI sebagai pemulaan inisiatif amal ini.

“Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melaporkan kira-kira 9,000 kanak-kanak dilahirkan dengan autisme pada setiap tahun di Malaysia. Jumlah tersebut sangat tinggi, namun kesedaran mengenai perkara ini masih rendah.

Autisme merupakan salah satu gangguan perkembangan kanak-kanak yang paling cepat berkembang dan mesti suarakan di platform yang lebih luas.

“Kesedaran mengenai autism dapat ditingkatkan hanya dengan menyuarakanya. Sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab, Sime Darby Property berperanan secara aktif mengajurkan beberapa inisiatif berkaitan dengan usaha ini.

Kami berbangga mengadakan kempen ini yang memberi tumpuan kepada sebuah komuniti yang telah lama diketepikan.”

-kata Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato’ Azmir Merican

KEMPEN INDAHNYA SYAWAL KEMERIAHAN DIRAI

Kali ini menyasarkan kutipan minima RM50,000 untuk kanak-kanak dan keluarga di bawah yayasan tersebut. Mulai sekarang sehingga 16 Mei, pembeli dapat bersama menyokong usaha ini dengan menyumbangkan minimum RM10.

Selain itu berpeluang untuk mewarna kepingan suai gambar daripada sebuah karya seni yang besar yang akan dihadiahkan kepada Yayasan.

KL East Mall bertujuan untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai autisme melalui kempen ini, serta mewujudkan ruang untuk organisasi seperti INSANI untuk berkongsi kepakaran berkaitan penjagaan serta rawatan buat individu yang mengalami gangguan perkembangan seperti autism

TOTE BEG EKSKLUSIF FIZIWOO & CHEF WAN

Pembeli juga boleh menyumbang sebanyak minimum RM 35 dan menerima beg tote eksklusif. Ianya direka oleh jenama fesyen Malaysia, Fiziwoo dengan kerjasama chef terkenal Datuk Redzuawan Ismail, atau Chef Wan.

HABIB BUKA CAWANGAN BARU

Selain itu, Habib yang secara rasminya teleh membuka cawanganya di KL East Mall hari ini turut berjanji untuk menyumbang 100% hasil jualan 300 kepingan emas tulen edisi terhad yang bernilai RM118 setiap satu kepada INSANI.

Mengambil kesempatan pelancaran Tanggungjawab Sosial Korporat KL East Mall ini, Datuk Chef Wan dan Fiziwoo telah memberikan sumbangan mereka kepada INSANI sebagai pemulaan inisiatif amal ini.

TEBUS BARANGAN

Sebagai persiapan bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, KL East Mall telah menghias indah atrium dengan bunga anggerik gergasi serta dekorasi batik dan anyaman tradisional. Pembeli boleh melangkah ke ruangan pentas hadapan untuk bergambar bersama anggerik gergasi atau melihat pemandangan taman anggerik dari gazebo tradisional yang disediakan.

Sepanjang tempoh kempen, pembeli juga boleh menebus barangan* seperti sampul raya hijau eksklusif apabila mereka membelanjakan RM60 ke atas dalam satu resit dan pinggan premium bagi perbelanjaan minimum RM 200 tidak lebih dua resit.

Untuk maklumat lanjut boleh layari di

Website | Facebook | Instagram

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge