Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
CSR JAKEL & KEMPEN JUALAN RAMADAN RAYA JAKEL 2021 | JAKEL amat sinonim terutama bila menyambut Hari Raya. Masing-masing nak kelihatan menarik dan cantik di pagi raya.
CSR JAKEL
Alhamdulilah, tahun ini Jakel bersama Duta Jakel memberi sumbangan buat mereka yang memerlukan dalam program CSR JAKEL . Seramai 100 anak-anak istimewa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak telah menerima sumbangan baju Raya dan duit raya.
Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel bersama Nabil Ahmad, Shuk Sahar dan keluarga Schawalara turut serta dalam CSR Jakel.
Menurut Datuk Seri Mohamed Faroz, seramai 300 Orang Kurang Upaya-cacat penglihatan menerima sumbangan dari Jakel sepanjang bulan Ramadan ini.
Aktiviti CSR Jakel sebenarnya dijalankan hampir setiap hari dan tidak terhad di bulan Ramadan sahaja. Setiap hari Jakel memberikan sumbangan berupa beras dan barang makanan kepada warga yang memerlukan di seluruh Malaysia.
KERANA SOP
Untuk menjaga SOP yang telah ditetapkan, para pelajar ini diwakili oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas. Iaitu Puan Zainab Binti Mahadi untuk menerima sumbangan ini.
Seramai 30 warga kurang upaya cacat penglihatan dari sekitar Kuala Lumpur turut menerima sumbangan.
KEMPEN JUALAN RAMADAN RAYA JAKEL 2021
Jakel turut melancarkan kempen Jualan Ramadan Raya Jakel 2021. Sudah berlangsung di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia dari 14 April sehingga malam raya. Pelitup muka eksklusif Jakel akan turut diberikan secara percuma kepada para pelanggan yang berbelanja RM100 dan ke atas
QUICK DRY & BREATHABLE
Koleksi Baju Melayu terbaru dari fabrik dengan teknologi “Quick dry & breathable”. Ianya tidak panas, berangin dan selesa dipakai. Set Baju Melayu ini datang dengan rekaan kotak baharu, Boleh dijadikan hadiah mahupun cenderahati buat yang tersayang.
Untuk koleksi sedondonibu dan anak pun ada juga sempena kempen Jualan Ramadan Raya Jakel kali ini.
DUTA JAKEL
Jakel masih mengekalkan barisan dutanya seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Hairul Azreen dan Shuk Sahar. Tidak ketinggalan Scha Al Yahya, Hanis Zalikha, Lara Alana, Yusuf Iskandar dan Upin Ipin.
Datuk Seri Mohamed Faroz turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk datang ke Jakel. Marilah membeli belah demi merayakan hari raya yang bakal tiba. Untuk informasi lanjut boleh layari di