COCOMELON DI RESORTS WORLD GENTING, AWESOME!
COCOMELON DI RESORTS WORLD GENTING, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda dengan JJ mahupun Cody? Jikan belum jom kite kenalkan!
COCOMELON DI RESORTS WORLD GENTING
Antara rancangan hiburan kanak-kanak yang paling banyak ditonton di Youtube dan global kids sensation. Siapa lagi kalau bukan CoComelon!
Kini anda boleh beramah mesra dan berjumpa CoComelon di Resorts World Genting (RWG).
TEMUI COCOMELON DI RWG
Di Resorts World Genting [RWG], bukan saja temui CoComelon di Kimhua Atrium Sky Avenue tetapi pelbagai aktiviti ada.
Antaranya, dapat mengikut perarakan bas CoComelon selepas berjumpa dengan JJ dan Cody.
“Kami sememangnya berbesar hati menjadi pusat peranginan pertama di Malaysia yang menjadi tuan rumah francais yang sedang trend dan terkenal ini.
Sambil mengiktiraf popularitinya yang besar dan sumbangan penting kepada pembangunan awal kanak-kanak.
Sebagai taman tema terkemuka dalam dunia tarikan dan hiburan bertaraf dunia, kami sentiasa menyasarkan untuk menggembirakan pelanggan.
Terutama sekali dengan pengalaman luar biasa yang tak terlupa,”
-Aaron Soo, Naib Presiden Kanan Tarikan & Penyewaan, Resorts World Genting.
REPLIKA GERGASI SETINGGI 8 METER
Pastinya akan kagum apabila melihat replika JJ yang gergasi ini. Mana taknya setinggi 8 meter dan terletak di taman permainan CoComelon.
Tarikan yang bakal diterokai adalah inflatbale slide, climbing inflatable dan hexagon maze. Nak ber OOTD pun boleh disebelah-nya.
CoComelon JJ Inflatable ini adalah yang terbesar di dunia dan bakal menjadi salah satu tarikan untuk bergambar sebagai kenangan
BAS COCOMELON
Perarakan bas ini adalah pertama kali dan bakal disertai dengan penampilan JJ dan Cody sendiri!
Jadi, buat adik-adik pastinya paling bahagia dan seronok sebab dapat berjumpa dan beramah mesra dengan maskot tak lain tak bukan JJ dan Cody.
Dapat juga berinteraksi dengan JJ dan rakan baiknya juga bergambar bersama. Ini antara salah satu tarikan utama bagi anda yang ingin dan suka pada JJ dan Cody.
Takut terlepas perjalanan perarakan bas? Jangan risau ini kite kongsikan perjalanan yang bakal berakhir pada 31 March 2023.
BARANGAN MERCHANDISE
Nak dapatkan barangan merchandise pun ada di sini. Pelbagai koleksi dari bingkai foto, set permainan, set menulis seperti buku mahupun alat mewarna pun ada.
Patung lembut [plushy toy] pun ada jua set makan dan botol air .
Akhir sekali, jangan ketinggalan menyaksikan pesta audio-visual dan grafik gerakan yang meriah dan mengasyikkan .
Semestinya rancangan CoComelon pada panel LED 360 darjah di SkySymphony dari 10 pagi setiap hari. Apa lagi jom ke Genting hari nie juga !