Karnival PUSPANITA 2018 & SRIKANDI Run 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Karnival PUSPANITA 2018 & SRIKANDI Run 2018 | Baru sahaja 3 bulan dalam 2018, dengar sana sini yang tahum ini tahun memartabatkan wanita wanita di Malaysia. Kalaulah betul alhamdulilah memanjat tangan kesyukuran . Ini KP ingin kongsikan dengan anda especially wanita-wanita cantik diluar sana

Karnival Puspanita 2018

PUSPANITA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) bakal mengadakan Karnival Puspanita 2018 dimana ianya adalah kali pertama di anjurkdan dengan kolaborasi bersama PERINTIS GROUP. Tema karnival kali ini adalah hargai wanita dan wanita perkasa. Berharap yang karnival ini mendapat sambutan yang menggalakkan tidak kira usia dan lapisan masyarakat. Seramai 15,000 orang yang di sasarkan untuk hadir di karnival ini yang berlokasi di Putrajaya 12 Mei 2018. Pelbagai aktiviti telah di rancang buat anda yang berada di sini antaranya SRIKANDI Run 2018, gerai karnival, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi 

KPM merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awan dengan tujuan merapatkan perhubungan muhibah dan menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti. Bertemakan Hargai Wanita dan Wanita Perkasa, karnival ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan serta kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang dan sektor sesuai dengan gelaran Srikandi yang telah membuktikan keupayaan wanita sejak zaman berzaman. Dengan usaha PUSPANITA KPM ini, fungsi dan sumbangan wanita dalam memacukan kecemerlangan negara dapat diperkasakan lagi

SRIKANDI Run 2018
Dalam SRIKANDI Run 2018 pula, sebanyak mana penyertaan di alu-alukan sebagai tanda sokongan terhadap wanita. Larian ini dibuka untuk jarak 5 km dan 10 km dan dilihat sebagai cara terbaik untuk menyatupadukan wanita. Pengerusinya, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman berkata
“Selain dapat mengeratkan silaturrahim, penganjuran karnival itu juga adalah bagi menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti dan program-program yang besar.”
Di samping itu, karnival ini mengajak seisi keluarga bersama-sama meraikan wanita sebagai permata berharga dalam kehidupan mereka. PUSPANITA KPM mengalu-alukan penyertaan dari segenap peringkat umur, agama dan bangsa tidak kira mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari
Facebook Karnival PUSPANITA KPM :https://www.facebook.com/Karnival-Puspanita-Kpm-2018-official-1691093497595397/
lnstagram rasmi Karnival PUSPANITA KPM : https://www.instagram.com/karnivalpuspanitakpm/
carian #hargaiwanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup.
.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge